Lelaki warga China cuba sogok polis bagi lanjutkan tempoh tinggal di SG
Seorang lelaki dari China, yang berhasrat mendapatkan pekerjaan di Singapura, diberitahu oleh seorang individu yang tidak dikenali bahawa dia boleh melanjutkan tempoh tinggal di Singapura menggunakan pas khas jika dia melakukan perbuatan jenayah dan memperolehi wang dengan menjual ubat perangsang seks.
Gambar: CNA/Jeremy Long
- Xu Zhishen, 37 tahun, mengamalkan nasihat itu apabila dia cuba menyogok dua pegawai polis dan kemudian, selepas dia didakwa, mendapatkan seorang penjamin yang tidak dikenalinya melalui seseorang di China.
- Xu diberkas, bersama lagi empat warga China atas kesalahan yang serupa pada separuh pertama 2025.
- Mahkamah diberitahu bahawa Xu tiba di Singapura pada lewat Mac tahun ini untuk menjalani dua temu duga pekerjaan, namun gagal mendapatkan sebarang pekerjaan.
- A1 memberitahunya dia boleh menjual ubat perangsang seks secara haram di Singapura untuk mendapatkan wang.
Xu Zhishen, 37 tahun, mengamalkan nasihat itu apabila dia cuba menyogok dua pegawai polis dan kemudian, selepas dia didakwa, mendapatkan seorang penjamin yang tidak dikenalinya melalui seseorang di China.
Dia kemudian dapat melanjutkan tempoh tinggal di Singapura menggunakan pas khas dan menjual ubat perangsang seks di Geylang.
Xu diberkas, bersama lagi empat warga China atas kesalahan yang serupa pada separuh pertama 2025.
Pada Jumaat (29 Ogos), Xu dihukum penjara selama 11 minggu.
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan cuba menyogok polis, dengan satu lagi tuduhan serupa diambil kira dalam menentukan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa Xu tiba di Singapura pada lewat Mac tahun ini untuk menjalani dua temu duga pekerjaan, namun gagal mendapatkan sebarang pekerjaan.
Selepas itu, dia kerugian sekitar S$10,000 selepas berjudi di kasino Marina Bay Sands.
Pada April lalu, dia melakukan lawatan singkat ke Malaysia dan memasuki semula Singapura supaya dia boleh memperbaharui tempoh pas lawatan sosialnya, dengan hasrat mendapatkan pekerjaan dan untuk berjudi serta menebus kerugiannya.
Semasa di Singapura, Xu bertemu dengan individu yang hanya dikenal pasti sebagai A1 dalam kertas mahkamah.
A1 memberitahunya dia boleh menjual ubat perangsang seks secara haram di Singapura untuk mendapatkan wang.
Dia juga memberitahu Xu bahawa dia boleh melakukan perbuatan jenayah untuk mendapatkan pas khas sementara siasatan terhadapnya sedang dijalankan.
Dengan cara itu, Xu boleh terus berada di Singapura dan menjual ubat bagi memperolehi wang ketika memegang pas khas, kata A1 kepadanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.