Lelaki warga Australia akan didakwa; ancam mahu pesawat terhempas
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Seorang lelaki akan didakwa pada Isnin (9 Dis) dengan dua tuduhan menggunakan kata-kata ugutan yang menimbulkan kebimbangan selepas dia mengancam akan menyebabkan sebuah pesawat terhempas semasa menaiki pesawat di Lapangan Terbang Changi, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (8 Dis).
Lelaki warga Australia berusia 36 tahun itu sedang menaiki pesawat yang dijadual berlepas pada 23 Nov apabila dia "dipercayai mengeluarkan kata-kata yang mendakwa bahawa dia mahu menyebabkan pesawat itu terhempas" kepada anggota kabin pesawat tersebut, menurut polis dalam satu kenyataan media.
"Lelaki itu kemudian diturunkan dari pesawat dan dibawa ke bilik tahanan," menurut SPF.
"Semasa di dalam bilik itu, lelaki tersebut dipercayai mengungkapkan perkataan yang sama sekali lagi."
Di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan, sesiapa yang menggunakan kata-kata ugutan yang boleh menimbulkan kebimbangan akan berdepan denda sehingga S$5,000.
"Pihak polis akan menangani semua ancaman keselamatan dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menimbulkan kecemasan awam dengan ancaman palsu," tegas SPF.
"Selain ketakutan dan kesulitan yang ditimbulkan kepada orang awam, membuat ancaman palsu akan mensia-siakan sumber awam yang digunakan untuk menangani insiden tersebut."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.