Lelaki tumbuk adik perempuan hingga gegendang telinga koyak
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Seorang lelaki mengaku bersalah di mahkamah pada Khamis (3 Nov) kerana menumbuk adik perempuannya dan menyebabkan gegendang telinganya koyak disebabkan pertikaian bersama ibunya mengenai beberapa gambar keluarga.
Sureh Minhas, 39 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja mencederakan adik perempuannya, dan tiga lagi tuduhan akan dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
Mahkamah mendapati adik perempuan Suresh bertengkar bersama ibu mereka pada 25 September tahun lalu.
Pertikaian tersebut disebabkan ibu mereka mengizinkan Suresh menyimpan gambar-gambar keluarga dan barang berharga milik adik perempuan Suresh.
Suresh berjumpa adik perempuannya pada hari yang sama. Dia berasa marah kerana adiknya bertengkar dengan ibu mereka dan mengugut untuk bersemuka dengan Suresh di hadapan isteri dan anak lelakinya.
Mereka mula bertengkar, dan Suresh menggunakan kata-kata kesat pada adiknya serta meludahnya.
Adik perempuan Suresh mengugut untuk menelefon polis, maka Suresh menumbuk mukanya.
Kesan tumbukan itu menyebabkan adiknya terbuang air kecil. Mereka mula bergaduh, mangsa menarik baju Suresh dan menyebabkan lebam pada bahagian tulang selangkanya.
Akibat tumbukan itu, adik perempuan Suresh mengalami trauma pada gegendang telinga, dan pendarahan dari telinganya. Beliau juga mengalami kelihangan pendengaran.
Sejak kejadian itu, pendengaran mangsa sudah pulih sepenuhnya. Beliau didiagnosis dengan tekanan pasca trauma dan gangguan kemurungan akibat keganasan abangnya itu.
Suresh akan kembali ke mahkamah untuk dijatuhi hukuman pada Disember.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.