Lelaki tular rakam sembunyikan wang di bangku merata SG sebelum muat naik di TikTok; mahu kongsi rezeki dalam cara yang "menyeronokkan"
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: @communitybenefactor/TikTok
SINGAPURA: Tular di media sosial karenah seorang pengguna TikTok tempatan, yang menyembunyikan wang di bangku-bangku, yang terletak di merata Singapura sejak bulan lalu.
Sejak bulan lalu, pengguna TikTok itu, dengan akaun @communitybenefactor, memuat naik video yang menunjukkan dirinya menyembunyikan wang tunai di sudut yang terlindung di sekitar Singapura. Ia bertujuan untuk memberikan bayangan di mana, para pengguna TikTok yang lain boleh mencuba nasib untuk mencari wang yang disembunyikan itu.

Sejauh ini, dia telah menyembunyikan wang berjumlah S$50 dan S$10.
Dia seringkali mengakhiri video tersebut dengan merakam suasana di sekelilingnya, agar dapat memberi bayangan yang jelas kepada mereka yang mahu cuba mengenal pasti, di mana wang "harta karun" itu telah disembunyikan.
Antara tempat-tempat yang dapat dikenal pasti menerusi video yang dimuat naik setakat ini termasuk kawasan di Tampines dan Toa Payoh.
Di akaun TikTok miliknya itu, pengguna tersebut bahkan, menyifatkan perbuatannya itu sebagai "melakukan amal dengan caranya yang tersendiri (dan) menyeronokkan".

Sumber : Sumber Web/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.