Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki tipu pembeli pelitup di Carousell & lari ke Batam dipenjara 14 minggu

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tipu pembeli pelitup di Carousell & lari ke Batam dipenjara 14 minggu

Gambar Hiasan: Mark Marcus Ramos

SINGAPURA: Seorang lelaki 23 tahun hari ini (19 Jan) dijatuhi hukuman penjara 14 minggu selepas memperdaya beberapa pembeli pelitup di wadah e-dagang Carousell semasa permulaan pandemik COVID-19 pada 2020.

Mohammad Zulhilmi Arif, yang menipu mangsa sebanyak S$2,300 dan kemudian melarikan diri ke Batam, Indonesia, dikatakan menghabiskan wang itu untuk keperluan teman wanitanya yang sedang mengandung.

Dia diberkas pada 3 Disember tahun lalu selepas pulang ke Singapura. Hukuman penjaranya diundurkan ke tarikh itu.

Zulhilmi, seorang warga Singapura mengaku bersalah di mahkamah daerah atas tiga tuduhan menipu dan satu tuduhan menyalurkan hasil daripada kegiatan jenayahnya daripada bidang kuasa keadilan Singapura ke negara lain. Lagi empat tuduhan serupa dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh mengendalikan akaun Carousell di bawah nama “Xaviertan556” pada 1 Februari 2020 dan mula mengiklankan penjualan pelitup pembedahan dan pelitup N95 pada harga S$15 bagi sekotak yang berisi 50 keping pelitup.

Mahkamah juga diberitahu bahawa produk tersebut menerima permintaan tinggi di Singapura pada ketika itu disebabkan kebimbangan berkaitan COVID-19 dan bekalan pelitup yang terhad.
 

Semasa siasatan dijalankan, dia memberitahu pihak berkuasa bahawa dia pergi ke Batam untuk bersama dengan teman wanitanya yang sedang hamil. Tertuduh kemudian ditangkap ketika pulang dari Batam.

Dia belum membayar sebarang ganti rugi kepada mangsa-mangsanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Benjamin Samynathan, meminta hukuman yang dikenakan ke atas Zulhilmi itu,
sambil menambah bahawa tertuduh ingin memanfaatkan kebimbangan orang ramai terhadap wabak itu. Kes pertama COVID-19 di Singapura dilaporkan sebulan sebelum Zulhilmi memuat naik iklan di Carousell.

Mereka yang disabit kesalahan menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan