Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki tipu Majlis Bandaran Tampines untuk bayar lebih bagi pam air

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki 58 tahun didakwa pada Rabu (13 Mac), atas kesalahan menipu Majlis Bandaran Tampines untuk membayar lebih bagi khidmat penukaran pam air.

Zhang Shuyan, seorang warga Singapura, berdepan dua tuduhan menipu.

Dia didakwa menghantar 206 invois kepada majlis bandaran tersebut untuk mendapatkan bayaran lebih daripada S$380,000 antara April 2016 dan Julai 2017.

Semasa tempoh itu, dia merupakan pengarah syarikat kontraktor FYH Integrated, yang digunakan oleh majlis bandaran tersebut untuk menjalankan kerja-kerja penyelengaraan pam bagi estet itu.

Dokumen mahkamah menunjukkan Zhang menipu majlis bandaran bahawa FYH sudah memasang pam tegak berperingkat, meskipun ia hanya memasang pam tegak satu tingkat.

Polis menyatakan pam air tegak satu tingkat "lebih murah" berbanding pam tegak berperingkat.

Majlis Bandaran Tampines membayar S$195,000 kepada FYH dari 1 April hingga 31 Disember 2016, selepas Zhang menyerahkan 102 invois. Ia kemudian membayar S$185,286 kepada FYH dari 1 Januari hingga 31 Julai pada 2017 selepas menerima 104 invois.

Tidak jelas berapa jumlah tambahan yang dibayar majlis bandaran tersebut dan bagaimana kesalahan Zhang didedahkan.

Pada Rabu, Zhang tidak membayangkan sama ada dia akan mengaku bersalah ataupun tidak. Dia akan kembali ke mahkamah pada 3 April dan ditawarkan ikat jamin S$50,000.

Mereka yang didapati menipu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan