Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki tipu dapatkan bantuan COVID-19 bernilai S$4,800 dihukum penjara

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pemilik perniagaan syarikat perakaunan dihukum penjara 19 minggu pada Rabu (Okt 12) kerana menipu Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk memberinya S$4,800 dalam bentuk bantuan kewangan COVID-19.

Huang Weiming membuat permohonan geran bantuan COVID-19 menggunakan nama isteri dan ibu bapanya, serta menipu bahawa mereka dibuang kerja atau kehilangan pekerjaan kerana pendemik. Isteri dan ibu bapanya tidak mengetahui perbuatan tersebut.

Permohonan bagi skim bantuan kewangan, yang bertujuan membantu individu yang kehilangan pekerjaan atau kehilangan sebahagian pendapatan kerana pandemik, dibuka dari Mei hingga Disember 2020.

Huang, warga Singapura 38 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah bagi dua tuduhan menipu MSF dan satu lagi tuduhan mencuba menipu kementerian tersebut.

Tiga lagi tuduhan yang serupa dipertimbangkan untuk menjatuhkan hukuman.

Huang merupakan satu-satunya pemilik Reastar, yang menyediakan perkhidmatan perakaunan.

Dia menipu dalam permohonannya bahawa ibunya, seorang suri rumah, diambil bekerja oleh Reastar dan pada kali terakhir berpendapatan sebanyak S$1,000 sebulan sebelum kehilangan pekerjaannya kerana pandemik.

Huang menghantar permohonan palsu bagi pihak isterinya pada September 2020, dan mengatakan isterinya telah kehilangan kerja di Tropic Planners & Landscape kerana pandemik.

Pada hakikatnya, isterinya berhenti secara sukarela dan bekerja sebagai guru bahasa Cina.

Sementara itu, bapa kepada Huang diberhentikan kerja di Joseph Coach Services disebabkan tingkah lakunya.

Huang menghantar permohonan geran bantuan COVID-19 bagi pihak bapanya dan mengatakan dia telah kehilangan atau akan kehilangan hampir 30 peratus pendapatannya buat tiga bulan berturut-turut disebabkan COVID-19.

Huang juga menipu bahawa bapanya diambil kerja oleh Reastar.

Pada Mac tahun lalu, seorang wakil MSF membuat laporan polis ke atas Huang. Dia ditangkap pada Februari tahun lalu.

Bagi setiap tuduhan menipu dan tidak berkelakuan jujur dalam penyerahan harta, Huang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan