Lelaki tidak ikut arahan pegawai polis tambahan untuk hentikan kereta dihukum penjara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPORE: Dek kerana marah dengan dengan seorang pegawai polis tambahan yang menahan keretanya sedangkan dia sudah lewat, seorang lelaki mencuba untuk meneruskan perjalanan dengan berulang kali menggerakkan keretanya ke arah pegawai tersebut.
Ini membuatkan pegawai berkenaan berasa cemas.
Mohd Shahrir Johari mengaku bersalah pada Khamis (13 Apr) atas satu tuduhan bertindak terburu-buru atau cuai, yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan peribadi orang lain.
Hakim Kanan Daerah Bala Reddy, menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas Shahrir dan melarangnya daripada memandu selama 12 bulan.
Shahrir, 36 tahun, seorang warga Malaysia yang menawarkan khidmat kereta mewah untuk menghantar pelanggannya ke Singapura dan Malaysia.
Ketika insiden berlaku, Shahrir sedang menuju ke Pusat Pemeriksaan Woodlands dan sudah lambat untuk mengambil penumpangnya.
Mangsa adalah seorang pengawai trafik yang bertanggunjawab menjaga ketenteraman trafik menuju ke Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Ini termasuk mengarahkan kereta yang cuba untuk memotong barisan di lorong kereta melalui lorong bas. Kereta-kereta yang melakukan perkara itu akan diarahkan untuk membuat pusingan U menuju balik ke Malaysia.
INSIDEN YANG BERLAKU
Pada 23 Mac, sekitar pukul 7.08 pagi, Shahrir memandu keretanya menuju ke Pusat Pemeriksaan Woodlands melalui lorong bas.
Mangsa, seorang pegawai polis tambahan, Muhammah Noralif Amir Hamzah, melihat Shahrir mencuba untuk memasuki lorong kereta dari lorang bas.
Dia juga memotong barisan kereta di lorong kereta.
Pegawai Noralif dan rakan kerjanya segera memberi isyarat kepada Shahrir supaya membuat pusingan U, namun dia tidak mengendahkannya dan terus memotong barisan.
Noralif kemudian berdiri di hadapan kereta itu untuk menghalangnya daripada memasuki lorong kereta, sementara rakan kerjanya mengarahkannya untuk membuat pusingan U.
Shahrir memandu keretanya ke hadapan berulang kali ke arah pegawai yang sedang berdiri di hadapan kenderaannya, sehingga ia menyentuh kaki pegawai tersebut.
Beberapa pegawai imigresen kemudian menghentikan keretanya daripada meneruskan perjalanan. Mereka menghubungi pihak polis untuk membuat aduan berhubung insiden tersebut pada pukul 8.44 pagi.
Noralif tidak mengalami sebarang kecederaan akibat insiden itu.
Mereka yang didapati bersalah bertindak terburu-buru atau cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan peribadi orang lain, boleh dipenjara sehingga enam bulan atau/dan didenda sehingga S$2,500.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.