Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki terlibat forum Sammyboy dijel, didenda; simpan lebih 17,000 video lucah

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki terlibat forum Sammyboy dijel, didenda; simpan lebih 17,000 video lucah

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)

SINGAPURA: Seorang ahli kumpulan lucah Telegram yang berkait dengan forum Sammyboy hari ini (24 Jan) dijatuhi hukuman penjara lapan minggu dan dikenakan denda sebanyak S$22,500 kerana memiliki bahan lucah dan menghantarkan gambar itu kepada kumpulan Telegram yang mempunyai kira-kira 25,000 ahli pada masa itu.

Tan Yeow Chong, 40 tahun, mengaku bersalah atas tiga tuduhan menyebarkan bahan lucah melalui wadah elektronik, memiliki 5,537 gambar lucah dan 17,219 fail video lucah. Empat lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah mendapati bahawa Tan merupakan seorang ahli kumpulan sembang "Sam's lots of CB collection" sejak hujung tahun 2017.

Kumpulan sembang ini bersama dengan "Sam's House of Sins", dikaitkan dengan forum Sammyboy, di mana pengguna bersembang mengenai "pelbagai perkara termasuk pornografi dan perkara lain yang bersifat seksual", kata pendakwa.

Ahli daripada dua kumpulan sembang itu akan menghantarkan mesej serta gambar dan klip video, membenarkan ahli lain untuk melihat gambar dan video berkenaan.

Pada 24 Oktober, seorang wanita membuat aduan polis dan mengatakan bahawa ahli kumpulan itu menghantarkan gambar-gambar lucah dan tidak senonoh perempuan.

Tan dikesan sebagai suspek bersama dengan tiga lelaki lain. Siasatan polis menjumpai 17,219 fail video lucah dan 5,537 gambar lucah dalam peranti milik Tan di rumahnya pada 6 November 2019.

Mahkamah mendapati bahawa Tan tidak merakam filem dan gambar tersebut. Dia memuat turun gambar dan video itu dari dalam talian dan menyimpannya untuk penggunaan peribadi.

Siasatan juga menunjukkan bahawa Tan sudah menghantarkan enam gambar lucah ke kumpulan sembang "Sam's lots of CB collection" pada 4 November 2019 kepada kira-kira 25,000 ahli kumpulan yang tidak dikenali.

Pendakwa raya mengusulkan hukuman penjara lapan hingga 10 minggu dan denda antara S$21,500 dan S$22,000 terhadap Tan.

Beliau mengatakan bahawa Tan menyertai kumpulan itu walaupun dia tahu bahawa bahan-bahan lucah dikongsi. Tan juga menyumbang kepada kumpulan sembang tersebut.

Peguam bela, Wasiur Rehman, berkata bahawa anak guamnya tidak berniat untuk mendapat keuntungan daripada perbuatannya, dia bujang dan tinggal bersama ibunya yang sudah pencen dan yang bergantung kepadanya.

Tan yang bekerja sebagai penyelaras logistik di syarikat berbilang negara, mahu hukuman penjaranya ditangguhkan empat minggu kerana ramai rakan sekerja warga Malaysia sudah pulang ke tanah air sempena Tahun Baru Cina, lantas meninggalkannya dengan masalah tenaga kerja, kata peguam itu.

Tan seseorang yang "rajin bekerja" dan masih boleh pulang ke syarikatnya dan ini adalah kali pertama Tan melanggar undang-undang, kata peguam itu.

Atas kesalahan menghantar objek lucah melalui wadah elektronik, Tan boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Atas kesalahan memiliki filem lucah, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$20,000, atau kedua-duanya sekali.

Tiga lelaki lain yang bersubahat dengan Tan, Yee Wing Kay, 47 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan minggu dan didenda S$7,000 awal bulan ini.

Lincoln Anthony Fernandez, 31 tahun, dijatuhi hukuman penjara lapan minggu dan didenda S$20,000 pada Disember.

Wong Ming Jun, 28 tahun, dijangka akan kembali dihadapkan ke mahkamah bagi persidangan praperbicaraan minggu depan.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan