Lelaki tergesa-gesa bantu warga emas seberang jalan raya di Toh Guan Road undang pujian warga net
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: simaleilei/TikTok
SINGAPURA: Paparan sikap seorang lelaki yang tidak mementingkan diri sendiri, sedang dia tergesa-gesa untuk membantu seorang wanita warga emas yang menghadapi kesukaran untuk menyeberangi jalan raya, mengundang pujian ramai warga net.
Sebuah video yang dimuat naik pengguna “simaleilei” di TikTok pada Sabtu (21 Okt) menunjukkan seorang wanita warga emas yang bongkok, sedang berjalan dengan alat bantuan berjalan sambil menolak troli beli-belahnya, yang diisi penuh dengan beg plastik. Dia dilihat sedang cuba menyeberangi lintasan pejalan kaki di Toh Guan Road.

Dengan hanya tinggal 15 saat, seperti yang tertera pada penunjuk 'lampu hijau' lampu trafik itu, wanita itu bahkan belum sampai suku daripada lintasan itu.
Sedang masa berjalan, pejalan kaki lain seolah-olah tidak mengendahkan kesulitan yang dihadapi wanita tersebut.
Sejurus selepas isyarat pejalan kaki itu berubah kepada "lampu merah", seorang lelaki bergegas dari kaki lima untuk membantu wanita tua itu, dengan mengangkat tangannya untuk menghentikan lalu lintas.
Dia kemudian membantu wanita itu menolak troli beli-belahnya, sambil memegang tangan wanita tersebut untuk membimbingnya menyeberangi jalan raya tersebut.
Apabila mereka berada di tengah-tengah lintasan tersebut, kereta dan bas bagaimanapun dilihat memandu melintasi mereka. Bahkan, terdapat beberapa kereta yang dipandu secara berbahaya dekat dengan mereka berdua.
Video berkenaan berakhir dengan kedua-duanya hanya tinggal beberapa langkah sebelum selamat menyeberangi jalan raya tersebut.
Video yang tular itu menarik hampir 450,000 tontonan, 15,500 tanda suka dan 656 komen setakat tengah hari Isnin (23 Okt). Ramai warga net memuji lelaki itu atas budi baiknya.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.