Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki tergelincir dari bumbung kemalangan maut ke-24 di tempat kerja pada 2022

Seorang lelaki berusia 49 tahun meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja pada minggu lalu setelah tergelincir 9.5 meter dari bumbung dan terjatuh ke lantai kilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tergelincir dari bumbung kemalangan maut ke-24 di tempat kerja pada 2022

Pekerja hijrahan bekerja di sebuah tapak binaan di Singapura pada 14 September 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 49 tahun meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja pada minggu lalu setelah tergelincir 9.5 meter dari bumbung dan terjatuh ke lantai kilang.

Insiden itu berlaku pada pagi 19 Mei di 36 Joo Koon Circle semasa pekerja itu sedang membuat persediaan untuk melakukan kerja-kerja membersihkan bumbung.

Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Ng Teng Fong di mana dia meninggal dunia akibat kecederaannya pada hari yang sama, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Sabtu (28 Mei).

Menurut MOM, pekerja bebas itu digajikan oleh Vina Specialist, yang merupakan penghuni bangunan tersebut.

Menurut lamannya, syarikat itu menyediakan khidmat penyenggaraan perindustrian dan pembersihan tingkap komersil.

Insiden itu sedang disiasat dan syarikat tersebut sudahpun diarahkan supaya menghentikan semua kegiatan kerja di tempat tinggi.

“Sehingga kini, jumlah kematian di tempat kerja pada 2022 adalah 24," tambah MOM.

PEKERJA CEDERA

Dalam satu insiden berasingan, satu kemalangan di tempat kerja di 190 Orchard Boulevard menyebabkan seorang pekerja cedera selepas dilanggar komponen kerja acuan. Bangunan itu kini dimiliki oleh Kajima Oversea Asia.

Pada pagi 26 Mei, pekerja berusia 31 tahun yang digajikan oleh Xiang Tai Construction menanggalkan struktur kerja acuan sebuah aci lif di tingkat 29.

Sebuah komponen kerja acuan itu kemudian tergelincir dan terjatuh lalu menghentak pekerja berkenaan yang berada di tingkat 14 bangunan tersebut.

Warga Bangladesh itu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng di mana dia kini sedang dirawat bagi kecederaan bahagian belakang tubuh, menurut MOM.

“Sebagai langkah keselamatan am, kerja-kerja tidak serasi yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan berbeza di kawasan kerja yang sama perlu dijadualkan dengan betul. Seharusnya juga ada prosedur kerja keselamatan bagi mencegah objek-objek yang ditanggalkan daripada terjatuh," tambah MOM.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 9 Mei lalu menegaskan terdapat "terlalu banyak" kematian di tempat kerja tahun ini dan piawai serta amalan keselamatan "nampaknya sudah melemah".

"Kami telah bekerja keras selama bertahun-tahun untuk mencegah kemalangan di tempat kerja, terutama sekali kematian.

"Kami telahpun mencapai kemajuan yang baik. Namun, sedang kita membuka semula ekonomi kita dan mempertingkatkan kegiatan-kegiatan yang dianjurkan, piawaian dan amalan keselamatan kelihatan seolah-olah sudah merosot," katanya dalam satu catatan Facebook.

Menarik perhatian bahawa kadar kemalangan sudah meningkat, Encik Lee berkata Singapura "mesti memperbetulkannya".
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan