Lelaki terakhir rompakan bersenjata di Aljunied dihukum penjara, rotan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail tempat letak kereta di Geylang East. (Gambar: Marcus Ramos)
SINGAPURA: Pada tahun 2014, sembilan lelaki masuk ke Singapura dari Malaysia untuk melakukan rompakan dengan kumpulan perompak itu memakai sarung dan melekatkan plaster di jari tangan mereka supaya tidak meninggalkan sebarang kesan.
Mereka menyasarkan pengurus sebuah syarikat pengurup wang dan membawa lari mata wang Singapura dan asing berjumlah lebih S$624,000.
Pada Selasa (3 Jan), lelaki terakhir daripada kumpulan itu diberi hukuman penjara tujuh tahun dan disebat 12 kali.
Warga Malaysia Sivaraam Monion, 36 tahun, diberkas pada Julai tahun lalu.
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan rompakan berkumpulan. Tuduhan kedua kerana bersubahat mencuri kereta Proton Wira yang digunakan untuk rompakan tersebut diambil pertimbangan.
Monion melakukan rompakan itu bersama lapan rakan subahatnya, yang kesemuanya warga Malaysia: Ravi Sandhira Sagaran, Vekneswaran Sekaran, David Mark Mari, Tachana Moorthy Peromal, Saravanak Kumar Karunanithy, Selvam Karupaya, Baskaran Balakrishnan dan Annadurai Raman.
Mangsa merupakan penduduk tetap Singapura berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pengurus syarikat pengurup wang.
Pendakwa memohon hukuman penjara tujuh tahun dan rotan 12 kali buat Sivaraam, manakala pihak pembela meminta hukuman penjara dikurangkan.
Kumpulan perompak itu meninggalkan Singapura dalam tempoh sejam selepas melakukan rompakan dan mangsa dibawa ke hospital dengan kesan lebam.
Usaha menangkap mereka mengambil masa beberapa tahun - Annadurai pertama pada November 2014, diikuti oleh Ravi dan Tachana.
Vekneswaran dan Saravanak diekstradisi dari Malaysia ke Singapura pada Ogos 2016, manakala Baskaran diekstradisi pada November 2020.
Selain Sivaraam, yang lainnya telah dijatuhkan hukuman.
Kebanyakan wang tunai mangsa yang dicuri masih belum ditemui.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.