Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki tembak wanita guna pistol dalam rompakan bersenjata pada 1981 dijel 18 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tembak wanita guna pistol dalam rompakan bersenjata pada 1981 dijel 18 tahun

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Seorang lelaki yang melarikan diri daripada negara selepas melakukan rompakan bersenjata pada 1981, termasuk menembak seorang wanita menggunakan pistol untuk mendapatkan S$92,000, hari ini (15 Nov) dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Chin Sheong Hon, yang kini berusia 72 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun. Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan berkaitan rompakan dan tuduhan ketiga turut diambil kira.

Dia melarikan diri dari Singapura ke Thailand selepas rompakan pada 1981 dan kembali ke Singapura pada 2013 apabila dia dihantar pulang.

Namun, Mahkamah Tinggi pada 2015 mendapati beliau tidak siuman dan tidak berupaya untuk membela dirinya.

Dia ditahan sementara menunggu perintah menteri dan dilepaskan daripada perintah itu pada Julai 2021 selepas dia didapati siuman untuk membuat pengakuan atas tuduhan asal.

Mahkamah mendapati Chin melakukan beberapa siri rompakan bersenjata pada 1981.

KESIHATAN MENTAL CHIN

Laporan oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) yang bertarikh Januari tahun ini mendapati Chin ada sejarah panjang mengalami kecelaruan kepercayaan yang tidak berasaskan realiti atau 'delusional disorder'.

Chin didiagnos dengan gangguan tersebut pada 2015 selepas dia dihantar pulang ke Singapura dari Thailand.

Mahkamah diberitahu, laporan IMH sebelum ini, pada Mei 2015,
merujuk kepada penyakit gila dan kerosakan otak, namun Chin dipantau dan dianggap "siuman".

Sugguhpun demikian, Chin didapati tidak memahami penyakit mentalnya dan hanya mematuhi pengambilan ubat akibat dipenjarakan.

Mahkamah mendapati dia tidak stabil dengan risiko akan melakukan kesalahan yang serupa pada masa hadapan disebabkan penyakit mentalnya yang kronik.

Timbalan Pendakwa Raya, Timotheus Koh, mengusulkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Chin.

Beliau berkata Chin sudah memperoleh sejumlah kira-kira S$110,000 dan kekal bebas selama lebih 30 tahun.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan