Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki S'pura terlantar di katil hospital didakwa bunuh isteri

Seorang lelaki berusia 33 tahun didakwa di hospital hari ini (12 Jan) atas kesalahan membunuh isterinya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 33 tahun didakwa di hospital hari ini (12 Jan) atas kesalahan membunuh isterinya.

Warga Singapura Hun David Brian Chow Kwok-Hun dikenakan satu tuduhan melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Isabel Elizabeth Francis, 30 tahun.

Kesalahan itu dipercayai berlaku sekitar pukul 7.40 pagi semalam (11 Jan) di sebuah flat di tingkat dua Blok 228B, Ang Mo Kio Street 23.

Chow, yang dikenakan tuduhan itu oleh seorang majistret, dibawa ke hospital dengan kecederaan selepas polis turun ke tempat kejadian.

Dalam satu kenyataan awal, polis menyatakan ia dimaklumkan tentang "satu kes tikaman" di unit tersebut sekitar pukul 7.35 pagi semalam.

Wanita itu diisytiharkan mati di tempat kejadian dan siasatan awal mendedahkan beliau adalah isteri kepada suspek.

Jika didapati bersalah, Chow boleh dijatuhi hukuman mati.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan