Lelaki S'pura didakwa bunuh isteri di UK dikatakan seorang 'penyayang, lembut hati'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: County Aparthotel di Newcastle (Google Maps)
LONDON: Lelaki warga Singapura, yang dibicarakan di United Kingdom kerana membunuh isterinya, disifatkan oleh anak lelakinya sebagai seorang yang "penyayang dan lembut hati".
Pek Ying Ling, atau dikenali sebagai Evelyn Pek, ditemui mati di bilik hotel di Newcastle, England, pada 6 Disember 2021.

Suaminya, Fong Soong Hert yang dikenali sebagai Alan Fong, didakwa atas pembunuhan isterinya itu yang dia dinafikan.
Fong sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Newcastle Crown, dengan kes itu dijangka berterusan hingga minggu hadapan.

Pada Selasa (2 Ogos), anak lelaki sulung defendan, Alonso Fong, memberikan keterangan beliau.
Pihak pendakwaan membawa beliau mengimbas kembali pesanan mesej yang dihantarkan pada pagi hari kematian ibunya.
Sejurus selepas pukul 7.00 pagi, beliau menghantar pesanan mesej kepada temananitanya yang bertulis: "Bapa saya baru sahaja menghubungi saya dan memberitahu dia tidak sengaja membunuh ibu saya.
"Saya akan pergi ke sana sekarang untuk memeriksanya."
Selepas tiba di County Aparthotel di Newcastle beliau menghantar pesanan mesej kepada temanitanya: "Saya amat keliru - dia memberitahu saya mereka gaduh dan dia menutup mulutnya (ibu). Kini dia (ibu) tidak sedarkan diri.
"Jangan beritahu sesiapa. Saya masih tidak tahu apa sebenarnya berlaku."
Ketika menggambarkan hubungan ibu bapanya sewaktu disoal siasat oleh polis, Encik Alonso berkata mereka "saling menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain setiap hari".
Beliau juga berkata bapanya dikenali sebagai seorang "lelaki yang sangat penyayang dan lembut hati".
Hakim juga mendengarkan keterangan daripada anggota paramedik, kakitangan hotel dan pegawai polis yang dikerahkan untuk menangani insiden tersebut.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.