Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki sogok jururawat kemas kini rekod vaksinasi tanpa disuntik dos kedua

Seorang lelaki berusia 34 tahun didakwa di mahkamah daerah hari ini (13 Jan) kerana dituduh menawarkan sogokan S$50 kepada seorang jururawat sambilan yang melakukan vaksinasi COVID-19 pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki sogok jururawat kemas kini rekod vaksinasi tanpa disuntik dos kedua

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 13 Jan 2022 04:01PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 04:01PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 34 tahun didakwa di mahkamah daerah hari ini (13 Jan) kerana dituduh menawarkan sogokan S$50 kepada seorang jururawat sambilan yang melakukan vaksinasi COVID-19 pada tahun lalu.

Dokumen-dokumen mahkamah menyatakan Kelvin Tan Li Ming, rakyat Singapura, dituduh menawarkan sogokan itu kepada jururawat berkenaan pada 26 Oktober 2020 di Pusat Vaksinasi Healthway yang terletak di Kelab Masyarakat Choa Chu Kang.

Tan didakwa cuba untuk memberi rasuah kepada jururawat itu, yang bekerja dengan Rumah Jagaan Homage, dengan harapan beliau akan mencatatkan bahawa dia sudahpun diberi dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech (Comirnaty) tanpa benar-benar menyuntiknya.

Menurut kenyataan media daripada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berhubung perkara itu semalam (12 Jan), jururawat tersebut menolak sogokan yang ditawarkan.

Tiada maklumat lain disediakan dalam dokumen mahkamah mahupun kenyataan media CPIB.

Tan dijadualkan kembali ke mahkamah sekali lagi pada 17 Februari.

Sesiapa disabit kesalahan melakukan rasuah boleh didenda sehingga S$100,000, dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
 

Sumber : Today/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa