Lelaki skizofrenia dipenjara selepas lompat dari bas mini, sebabkan penunggang motosikal maut di ECP
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: sandrafaustinalee/Instagram
SINGAPURA: Seorang lelaki dihukum penjara tujuh bulan pada Isnin (1 Apr) kerana melompat keluar dari bas mini di ekspreswe, sekali gus menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal tahun lalu.
Tindakan Eldaniz Ibishov di East Coast Parkway (ECP) menyebabkan pertembungan antara sebuah lori dengan sebuah motosikal, dan penunggangnya Encik Muhammad Nurhilmi Atan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
Ibishov, 39 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk terhadap Encik Nurhilmi atas tindakan terburu-buru, dan tuduhan terus berada di sebahagian ekspreswe yang bukan untuk pejalan kaki.
Warga Rusia itu hadir di mahkamah dengan tongkat bahu semasa perbicaraan pada bulan Disember, namun dapat berdiri dan berjalan tanpa sebarang bantuan pada Isnin.
Mahkamah diberitahu bahawa Ibishov terbang ke Singapura dari Azerbaijan dan tiba pada 8 Nov 2023 - iaitu pada hari kejadian tersebut.
Dia meminta ejen pelancongan untuk mengatur pengangkutan dari Lapangan Terbang Changi ke hotelnya, dan merupakan satu-satunya penumpang dalam bas mini itu. Ibishov duduk di depan, dekat dengan pintu di sebelah kiri.
Bas mini itu sedang berada di ECP apabila pemandunya menjawab dua panggilan telefon.
Timbalan Pendakwa Raya Joseph Gwee berkata Ibishov ternampak gambar seorang lelaki bertopi pada telefon pemandu itu.
Ibishov menjadi gelisah, dan pemandu itu mendapati dia sedang cuba membuka tali keledar dan pintu penumpang.
Pemandu itu memperlahankan kenderaannya daripada kelajuan sekitar 70 hingga 80 kilometer sejam kepada 30 hingga 40 kilometer sejam, dan memberitahu Ibishov beliau akan menurunkannya di bahu jalan.
Namun Ibishov, yang tidak faham bahasa Inggeris, tidak mengendahkan pemandu itu lalu melompat keluar dari bas bergerak itu ke lorong kedua ECP.
Ini menyebabkan sebuah lori menekan brek kecemasan bagi mengelak melanggar Ibishov. Pemandu lori itu cuba beredar tetapi sekali lagi dihalang Ibishov apabila dia berjalan ke lorong ketiga, dan perlu sekali lagi menekan brek.
Mangsa, Encik Nurhilmi, sedang menunggang motosikalnya dan melanggar bahagian belakang lori. Polis dimaklumkan mengenai nahas itu pada sekitar 11.00 pagi.
Encik Nurhilmi mengalami keretakan tulang dan pendarahan pada kepala, leher, sistem kardiovaskular, hati dan tiroid. Beliau disahkan meninggal dunia pada sekitar 12.40 tengah hari.
Ibishov kemudian berjalan di ECP menghala ke Jambatan Sheares selama sekitar 30 minit hingga sejam, sebelum menaiki teksi ke hotelnya. Dia ditangkap polis pada petang itu.
Pemeriksaan psikiatri di Institut Kesihatan Mental mendapati Ibishov mengalami skizofrenia dan ia ada kaitan dengan kesalahannya.
Bagaimanapun beliau bukan dalam keadaan tidak siuman pada waktu kejadian, sedar akan perbuatannya dan memahami kesan akibat perbuatan itu, kata pendakwa.
Hukuman bagi kesalahan menyebabkan kecederaan teruk melalui tindakan terburu-buru adalah penjara sehingga empat tahun, denda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.
Pesalah kali pertama yang terus berjalan di sebahagian ekspreswe yang bukan untuk pejalan kaki boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau didenda sehingga S$1,000.

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.