Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki SG yang diekstradisi dari M'sia kerana didakwa bunuh wanita di Beach Road direman untuk pemerhatian psikiatri

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang dibawa pulang ke Singapura dari Malaysia atas dakwaan membunuh rakan perniagaannya akan direman untuk pemerhatian psikiatri, menurut arahan mahkamah pada Jumaat (9 Dis).

Caleb Joshua Chai Shanmugam, seorang warga Singapura berusia 50 tahun, memberitahu mahkamah isterinya yang membuat laporan polis.
Peguamnya, Cik Sophia Clare Ng, menghalang Chai daripada berkata apa-apa lagi dan berkata beliau akan membuat persediaan untuk bertemu dengannya.

Chai didakwa pada November atas pembunuhan Ang Qi Ying, 27 tahun.
Chai berada di hospital atas sebab tidak dinyatakan semasa dia didakwa. Dia hadir di mahkamah melalui pautan video pada Khamis (8 Dis) dan memakai baju berwarna merah dan pelitup biru.

Pendakwa polis berkata Chai tidak lagi perlu ditahan untuk siasatan, tetapi meminta dia direman untuk pemerhatian psikiatri.

Pihak pembelaan tidak ada bantahan, tetapi berkata beliau faham pihak pendakwa tidak membantah beliau bertemu dengan anak guamnya, serta Chai untuk berjumpa isterinya.

Pihak pendakwa raya berkata beliau "tidak dimaklumkan mengenai pengaturan itu".

Cik Ng kemudian berkata bahawa beliau sudah memaklumkan perkara itu melalui pesanan ringkas sehari sebelum perbicaraan.

Pendakwa polis memberitahu pihak pembelaan untuk memeriksa dengan timbalan pendakwa raya yang ditugaskan sebelum berjumpa dengan Chai.

Hakim kemudiannya membenarkan permohonan supaya Chai direman untuk pemerhatian psikiatri.

Kes Chai akan dibicarakan lagi hujung bulan ini. Jika disabitkan kesalahan membunuh, dia boleh dihukum mati.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan