Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki SG diusir dari Vietnam, didakwa edar dadah

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki SG diusir dari Vietnam, didakwa edar dadah

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 30 Jun 2024 12:48PM Dikemas Kini : 30 Jun 2024 03:10PM
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura yang dikehendaki kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengedaran dan penjualan dadah di negara ini sudah diberkas dan didakwa, dedah Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Ahad (30 Jun).

Lelaki 43 tahun tersebut, yang beroperasi dari luar negara, sudah meninggalkan Singapura sejak 27 September 2019.

CNB menyatakan lelaki tersebut dikehendaki kerana disyaki membekalkan dadah kepada sekutunya di Singapura, yang mengedar dan menjual dadah di sini.

Pelibatannya terbongkar ketika CNB menjalankan siasatan ke atas kes pengedaran dadah pada Februari 2021.

Tertuduh di dalam kes tersebut merupakan seorang lelaki warga Singapura 36 tahun ketika dia diberkas, ditahan dengan kira-kira 472 gram heroin. Individu itu sudah didakwa dan dijatuhi hukuman.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberkas lelaki 43 tahun itu, CNB menghubungi pihak berkuasa di luar negara.

"Berikutan kerjasama erat antara CNB dengan Jabatan Narkotik Polis Kementerian Keselamatan Awam Vietnam untuk mengawas pelarian itu, pada 28 Jun, lelaki tersebut diusir dan diserahkan kepada CNB," dedah biro itu.

Lelaki tersebut kemudian didakwa mengedar dadah berhubung kes membabitkan seorang lelaki berusia 39 tahun.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan