Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki SG dikehendaki atas kesalahan edar dadah diserahkan kepada CNB setelah diberkas di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 56 tahun yang dikehendaki atas kesalahan mengedar dadah, diberkas di Malaysia bulan lalu dan diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura pada Ahad (16 Apr). 

Waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki Singapura itu yang disyaki terlibat membekalkan dadah kepada rakan-rakan subahatnya di Singapura untuk diedarkan atau dijual. 

Pelibatan lelaki itu dalam kes pengedaran dadah terbongkar semasa Biro Narkotik Pusat (CNB) melancarkan siasatan pada Oktober 2020.

Rekod imigresen menunjukkan bahawa lelaki itu berada di luar Singapura sejak 19 November 2018 dan CNB menghubungi rakan-rakan sejawatannya bagi mendapatkan maklumat mengenai keberadaan lelaki tersebut.

Lelaki itu diberkas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 31 Mac dan diserahkan kepada CNB pada Ahad. 

Seorang lelaki yang terbabit dalam kes berkenaan, sudah didakwa mengedar methamphetamine seberat 253 gram.

Penolong Pesuruhjaya Kanan Leon Chan, Timbalan Pengarah CNB (Operasi), mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sejawatannya di Malaysia atas bantuan mereka untuk menyerahkan suspek kepada Singapura.

"Pengedaran dan penyalahgunaan dadah adalah masalah rentas sempadan yang memerlukan kerjasama masyarakat penguatkuasaan undang-undang antarabangsa," katanya. 

"Pengedar dadah yang cuba mengelak undang-undang Singapura dengan bersembunyi di luar negara, akan menyedari bahawa mereka tidak boleh bersembunyi selama-lamanya." 

Lelaki berusia 56 tahun itu akan didakwa pada Isnin (17 Apr) atas kesalahan mengedar dadah.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman mati. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan