Lelaki SG didakwa perdaya lebih 60 mangsa labur S$3 juta dalam skim pertanian palsu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 41 tahun didakwa pada Khamis (4 Mei) kerana mengendalikan skim pelaburan yang dipercayai meraih lebih S$3 juta daripada lebih 60 pelabur.
Oommen Matthews, seorang warga Singapura, dipercayai menjanjikan para pelabur pulangan sebanyak 20 peratus setahun bagi pelaburan dalam pertanian hidroponik dan akuaponik antara 2015 hingga 2017, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya pada Khamis (4 Mei).
Hidroponik melibatkan penanaman tumbuh-tumbuhan tanpa menggunakan tanah, manakala akuaponik pula adalah ternakan ikan dan penanaman tumbuh-tumbuhan dalam persekitaran yang sama.
Sungguhpun demikian, kedua-dua syarikat di mana Mathews adalah seorang pengarah dan pemegang saham, Reign Gainer dan Capital Nation, tidak menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan yang berupaya menjana pulangan pelaburan yang dijanjikan, menurut SPF.
Mathews disyaki menyusun sesetengah pelaburan tersebut dalam bentuk bon dan menawarkannya kepada para pelabur tanpa prospektus, iaitu maklumat untuk pelabur seperti ringkasan latar belakang dan kedudukan kewangan syarikat.
Mathews juga dipercayai memfailkan dokumen di Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA), sekalipun mengetahui bahawa dokumen tersebut palsu.
Dia didakwa pada Khamis atas dua tuduhan perdagangan palsu, 52 tuduhan membuat tawaran sekuriti tanpa prospektus dan satu tuduhan memfaikan dokumen di ACRA walaupun mengetahui dokumen itu palsu atau mengelirukan.
Jika didapati bersalah kerana menjalankan urus niaga yang palsu, Mathews boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda sehingga S$15,000 atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yang didapati bersalah kerana menawarkan sekuriti tanpa prospektus, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$150,000 atau kedua-duanya.
Sesiapa saja yang didapati bersalah kerana memfailkan dokumen palsu atau mengelirukan di ACRA, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.