Skip to main content

Singapura

Lelaki SG diberkas kerana dipercayai serang paderi di Gereja Holy Spirit

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki SG diberkas kerana dipercayai serang paderi di Gereja Holy Spirit

(Gambar: Facebook/Church of the Holy Spirit)

Diterbitkan : 09 Feb 2025 02:09PM Dikemas Kini : 09 Feb 2025 10:56PM
  • Seorang lelaki berusia 22 tahun diberkas pada pagi Ahad (9 Feb) kerana dipercayai menyerang seorang paderi di Gereja Holy Spirit di Upper Thomson Road.
  • Menurut siasatan awal, lelaki warga Singapura berbangsa Cina itu sering ke gereja tersebut.
  • Suspek ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam dan akan dirujuk ke Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi penilaian lanjut, menurut polis dalam satu kenyataan.
  • Kejadian itu berlaku hanya beberapa bulan selepas serangan berasingan, yang lebih ganas berlaku di Gereja St Joseph di Upper Bukit Timah, di mana seorang paderi ditikam semasa upacara keagamaan.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun diberkas pada pagi Ahad (9 Feb) kerana dipercayai menyerang seorang paderi di Gereja Holy Spirit di Upper Thomson Road.

Polis berkata mereka menerima panggilan bantuan pada pukul 10.35 pagi berikutan insiden tersebut, yang berlaku selepas orang ramai sedang bersurai setelah selesai upacara keagamaan.

Menurut siasatan awal, lelaki warga Singapura berbangsa Cina itu sering ke gereja tersebut.

Dia segera ditahan oleh pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada pegawai polis.

Tiada senjata ditemui pada lelaki itu dan paderi itu dipercayai tidak mengalami kecederaan.

Suspek ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam dan akan dirujuk ke Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi penilaian lanjut, menurut polis dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa menggesa orang awam supaya elak membuat sebarang spekulasi sedang siasatan dijalankan.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa bulan selepas serangan berasingan, yang lebih ganas berlaku di Gereja St Joseph di Upper Bukit Timah, di mana seorang paderi ditikam semasa upacara keagamaan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita