Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki SG beli TV berharga S$138 di Lazada, tetapi terima paket tisu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Meskipun pembelian secara online dapat menjimatkan masa anda, bagi segelintirnya ia sesuatu perkara yang menakutkan.

Begitulah nasib seorang lelaki warga Singapura yang membeli sebuah televisyen 32 inci dari platform e-dagang Lazada. Pengalaman itu juga merupakan kali pertama lelaki tersebut membuat pembelian online.

Tanpa diduga, beliau telah membuat pembelian daripada seorang penjual penipu.

Lazada sudahpun membayar balik lelaki tersebut dan memadamkan akaun penjual itu. Lazada juga menggesa pelanggan agar kekal berwaspada.

Dalam wawancara dengan Shin Min Daily News, Encik Shen berkata beliau membeli televisyen 32 inci dari platform e-dagang Lazada kerana televisyennya rosak.

Pembelian online itu yang pertama buatnya di wadah popular tersebut.

Empat hari kemudian beliau menerima notifikasi bahawa penghantaran telah dibuat.

Apabila Encik Shen pulang ke rumah, beliau tidak nampak televisyen namun sebuah bungkusan merah jambu penuh dengan kertas tisu - yang beratnya kurang daripada 400 gram.

Beliau lantas menghubungi perkhidmatan pelanggan Lazada untuk mendapatkan bayaran balik tetapi sedar bahawa ada beberapa langkah untuk meneruskan prosedur tersebut.

Sebagai contoh, penjual harus bersetuju untuk menerima produk tersebut. Kemudian Lazada sendiri akan menilai sama ada bayaran balik boleh dilakukan dan meneruskan proses berkenaan.

"Setiap langkah mengambil masa tiga hingga lima hari bekerja. Untuk mendapatkan bayaran balik mungkin akan mengambil masa sehingga dua bulan," kata beliau.

Encik Shen akhirnya menghubungi Lazada untuk mendapatkan bayaran balik tetapi menyedari penjual barangan tersebut sudah menghilangkan diri.

Beliau kemudian meminta bantuan polis dan didakwa diminta menunggu Lazada untuk mengesahkan tentang bayaran balik itu. Encik Shen hanya boleh membuat laporan polis jika beliau tidak menerima wang itu.

Mujur, Lazada membuat bayaran kepadanya pada 14 November.

Encik Shen memberitahu Shin Min Daily News bahawa beliau harap platform e-dagang itu dapat mengawal selia penjual mereka dengan lebih baik.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar kekal berwaspada ketika membeli-belah online.

Lazada menyatakan pihaknya ada sistem dalaman yang boleh mengesan penjual penipu.

Namun, pengguna dinasihatkan agar memeriksa maklum balas dari pengguna lain, harga dan produk itu sendiri sebelum membuat pembelian.

Untuk jaminan tambahan, pengguna harus membeli barangan melalui jenama LazMall dan pengedar sah.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan