Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki serang pegawai CNB diberkas; didakwa edar dadah

Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas di Bedok pada Rabu (13 Jul) atas kesalahan disyaki mengedar dadah selepas dia menyerang para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) dengan penyembur lada, menurut agensi itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki serang pegawai CNB diberkas; didakwa edar dadah

Paket-paket Ice, heroin dan pelbagai peralatan dadah dirampas daripada seorang lelaki Singapura berusia 30 tahun dalam satu operasi CNB yang dijalankan pada 13 Jul 2022. (Gambar: CNB)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas di Bedok pada Rabu (13 Jul) atas kesalahan disyaki mengedar dadah selepas dia menyerang para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) dengan penyembur lada, menurut agensi itu. 

CNB menambah senjata dirampas bersama dengan dadah yang dianggarkan bernilai S$47,000. Rampasan itu merangkumi sekitar 141 gram (g) heroin, 181g Ice, 11 pil Ecstasy dan 21 pil Erimin-5.

Jumlah heroin dan Ice yang dirampas boleh melepaskan ketagihan sekitar 170 penyalah guna dadah selama seminggu, menurut CNB. 

Lelaki warga Singapura itu ditangkap pada lewat petang Rabu di Bedok North Avenue 3.

“Lelaki itu bergelut dengan ganas untuk mengelakkan diri daripada diberkas dan menyerang para pegawai menggunakan penyembur lada. Para pegawai bertindak balas dengan kekerasan yang diperlukan untuk melenturkan lelaki itu," menurut CNB dalam kenyataan medianya pada Khamis (14 Jul). 

Dadah dan pelbagai peralatan dadah dirampas daripada lelaki itu, menurut CNB. 

"Senjata termasuk cincin buku lima, kerambit dan penyembur lada juga dirampas," tambahnya. 

Lelaki itu kemudian dibawa ke tempat persembunyiannya di kawasan kediaman privet berhampiran Siglap Road di mana para pegawai menemui lebih banyak dadah dan lagi sebilah kerambit.

Dadah turut dirampas di sebuah lagi tempat persembunyian di Yishun Avenue 11, menurut CNB. 

Siasatan ke atas kegiatan dadah suspek sedang dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana mengedar lebih 15g heroin tulen (diamorphine) boleh dikenakan hukuman mati. 

Lelaki itu juga dirujukkan kepada pihak polis bagi siasatan memiliki senjata berbahaya dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang pegawai perkhidmatan awam, menurut CNB. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan