Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki selinap masuk bilik anak saudara, cabul kehormatan

Pengurus akaun yang mencabul kehormatan anak saudara perempuan berusia 13 tahun yang tinggal bersamanya, hari ini (7 Ogos) dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun dan 10 bulan serta lima sebatan rotan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki selinap masuk bilik anak saudara, cabul kehormatan

Gambar fail.

Diterbitkan : 07 Aug 2018 10:44PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 10:46PM

SINGAPURA: Pengurus akaun yang mencabul kehormatan anak saudara perempuan berusia 13 tahun yang tinggal bersamanya, hari ini (7 Ogos) dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun dan 10 bulan serta lima sebatan rotan.

Lelaki berusia 43 tahun yang tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa, melakukan kesalahan tersebut antara Ogos dengan Oktober 2012.

Dia mengaku kepada polis pada 2016, ketika dia membuat aduan terhadap bekas isterinya yang dituduh mengganggunya.

Mangsa dan dua saudaranya tinggal bersama tertuduh kerana bapa mereka meringkuk di penjara.

Pada 9 Ogos 2012, tertuduh mencabul kehormatan anak saudaranya dalam sebuah teksi, ketika dalam perjalanan pulang selepas mereka menyaksikan pertunjukkan bunga api sempena Hari Kebangsaan.

Malam itu, dia mencabul kehormatan mangsa di biliknya. Dua bulan kemudian, ketika mangsa sedang tidur, dia memasuki biliknya sekali lagi dan menggunakan tangan mangsa untuk melakukan perbuatan seksual ke atas dirinya.

ISTERI DAPAT TAHU APA YANG BERLAKU, LIHAT RAKAMAN CCTV

Pada tahun yang sama, isteri tertuduh bertanya mangsa mengapa beliau sering pulang lewat selepas sekolah dan memarahinya.

Mangsa kemudian mendedahkan bahawa kehormatannya dicabul ketika tidur pada waktu malam, dan mula menangis.

Ketika nenek mangsa bertanya tertuduh jika dia melakukan perbuatan itu, dia menafikannya.

Tertuduh hanya mengaku selepas isterinya memeriksa rakaman CCTV. Kamera CCTV dipasang dalam bilik di mana mangsa dan saudaranya tidur. Tertuduh kemudian merayu kepada isterinya supaya jangan membuat aduan polis.

Insiden itu tidak dilaporkan, dan isteri tertuduh memastikan mangsa bersama saudara perempuannya tidur dalam bilik yang sama bersama nenek mereka.

Selepas apa yang berlaku, hubungan tertuduh dengan isterinya semakin renggang.

Pada 1 April 2016, isterinya berkunjung ke pejabatnya di Raffles Place untuk bersemuka dengannya tentang hubungan sulitnya, dan mencabarnya supaya membuat aduan polis terhadapnya atas gangguan itu. Pada ketika itu, pasangan tersebut sedang menjalani proses penceraian.

Semasa disoal oleh pegawai penyiasat, tertuduh mengaku dia sudah beberapa kali mencabul kehormatan anak saudaranya, dan isterinya mempunyai gambar-gambar CCTV sebagai bukti.

Doktor kemudian mendapati mangsa mengalami kesukaran untuk tidur kerana takut pakciknya "akan datang lagi pada waktu malam dan mencabulnya lagi".

TERTUDUH ALAMI STRES PERKAHWINAN, KEWANGAN

Hari ini (7 Ogos), peguam tertuduh S S Dhillon berkata bahawa mangsa mula tinggal serumah dengan pakciknya sejak tahun 2011, sebelum berpindah setahun selepas itu. Bapa mangsa menganiayanya dan saudaranya yang lain.

"Tertuduh terpaksa menanggung beban menyara kehidupan mangsa dan saudaranya," kata Encik Dhillon. "Dia mengalami tekanan dalam perkahwinannya serta dari segi kewangan sehingga melakukan tindakan-tindakan yang dia kesali selepas itu."

Encik Dhillon menambah, bekas isteri tertuduh sudah menulis surat kepada hakim dan menyatakan bahawa tertuduh seorang yang baik dan beliau sudah memaafkannya.

Encik Dhillon meminta Hakim Daerah Jasvendar Kaur supaya menimbangkan pengakuan tertuduh.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Lai menarik perhatian bahawa tertuduh tahu bahawa isterinya menyimpan rakaman tindakannnya.

"Dia tahu bahawa jika dia membuat aduan polis tentang isterinya, isterinya akan memberitahu mereka tentang kelakuannya," kata pendakwa.

Encik Dhillon menjawab: "Tiada siapa yang tahu apa yang sudah dilakukan isterinya. Beliau boleh memilih untuk berdiam diri. Beliau berdiam diri selama empat tahun!"

Lelaki itu didakwa atas tiga tuduhan menggunakan kekerasan ke atas mangsa berusia bawah 14 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Ketika menjatuhkan hukuman, hakim mengatakan bahawa beliau turut mempertimbangkan usia mangsa dan tindakan tertuduh yang mengkhianati kepercayaan mangsa. 

Lelaki berkenaan boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda, dirotan atau dikenakan sebarang gabungan hukuman tersebut.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan