Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 'sedap berjoli' S$2,500 guna kad kredit dijumpainya

Seorang lelaki berusia 44 tahun diberkas pada Khamis (1 Okt) kerana disyaki menggunakan kad kredit yang dijumpainya untuk membuat urus niaga yang tidak diluluskan

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 'sedap berjoli' S$2,500 guna kad kredit dijumpainya

Rantai emas, kad dengan nilai yang disimpan, konsol permainan dan aksesori permainan dirampas. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 09:42PM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 09:44PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 44 tahun diberkas pada Khamis (1 Okt) kerana disyaki menggunakan kad kredit yang dijumpainya untuk membuat urus niaga yang tidak diluluskan.

Polis menyatakan ia menerima aduan pada 5 September daripada seorang mangsa yang mendapati urus niaga yang tidak diluluskan dibuat menggunakan kad kreditnya yang hilang.

Melalui siasatan mereka, para pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersil (CAD) mengenal pasti lelaki itu dan dia ditangkap pada Khamis.

Lelaki itu dipercayai menjumpai kad kredit tersebut dan menggunakannya untuk membuat pembelian bernilai melebihi S$2,500.

Rantai emas, kad dengan nilai yang disimpan, konsol permainan dan aksesori permainan dirampas.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas tuduhan menipu dan menyalahgunakan harta benda secara tidak jujur.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan