Lelaki sebat anak kekasih 20 kali guna tali pinggang; ibu mangsa akui beri izin
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: Pexels)
SINGAPURA: Gara-gara tidak dapat menahan rasa marah dengan anak perempuan kekasihnya, lelaki ini menggunakan tali pinggang kulit untuk 20 kali memukul kanak-kanak berusia 11 tahun itu di bahagian muka, lengan dan kaki.
Ibu mangsa berada di tempat kejadian sepanjang lelaki terbabit menyebat dan menampar mangsa dengan menggunakan tali pinggang itu.
Malangnya, dia sebaliknya mengizinkan penganiaya melakukan perbuatan zalim itu.
Pada Isnin (19 Ogos), lelaki berkenaan mengaku bersalah atas satu tuduhan menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya.
Ibu mangsa, 36 tahun, turut mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja membiarkan anak di bawah jagaannya diperlakukan sebegitu.
Semua pihak dalam kes ini tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah, demi melindungi identiti mangsa atau apa-apa yang membolehkannya dikenal pasti.
Pasangan itu sudah tahu anak yang dijaga mempunyai keperluan khas, sebelum insiden berlaku.
Dokumen mahkamah menyatakan bahawa mangsa mengalami autisme, masalah pertuturan ringan dan disleksia.
Mangsa didiagnosis dengan gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD), selepas melalui penganiayaan tersebut.
APA YANG BERLAKU
Mangsa diperkenalkan kepada kekasih ibunya pada November 2019. Pada Februari 2020, lelaki itu berpindah dan tinggal serumah dengan mereka. Dia sesekali pulang ke rumahnya sendiri.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya Niranjan Ranjakunalan, hubungan antara pesalah dengan mangsa "awalnya baik" dan mereka rapat. Kanak-kanak itu bahkan ada kalanya memanggil pesalah "Daddy". Mangsa juga rapat dengan ibunya.
Selepas lelaki terbabit mula tinggal bersama mereka, dia dan kekasihnya akan menggunakan penyangkut baju untuk merotan mangsa. Mereka menganggap kanak-kanak itu nakal.
Mereka secara bertahap-tahap mula menggunakan rotan ke atas mangsa. Cara lain untuk mendisiplinkan kanak-kanak itu turut dilakukan, termasuk menyuruhnya berulang-kali menulis barisan ayat, menghadap tembok dan berdiri di satu sudut.
Ibu mangsa juga mencari saranan menerusi wadah online mengenai cara untuk membuat anaknya berkelakuan lebih baik.
Antara Jun dengan Ogos 2020, lelaki dan wanita berkenaan merotan mangsa dalam enam insiden berasingan, ada kalanya bersama-sama dan ada kalanya, hanya lelaki itu sendiri.
Mereka melakukan itu apabila mangsa misalnya tidak menyelesaikan tugasan pembelajaran di rumah atau tidak bangun ketika jam locengnya berbunyi.
Ibu mangsa bagaimanapun selalu hadir ketika lelaki terbabit merotan anaknya dan malah memberikan izin untuk kekasihnya berbuat demikian.
Pada 10 Ogos 2020, pesalah lelaki menghukum kanak-kanak berkenaan dengan menyuruhnya berdiri sambil menggalas beg selama setengah jam kerana dia enggan membuat kerja rumah.
Sekitar keesokan harinya, lelaki itu merotan kanak-kanak tersebut pada lengan dan kakinya pula kerana berasa dia nakal.
Guru mangsa, yang menyedari ada kesan-kesan rotan pada dirinya, menjadualkan masa untuk bertemu dengan ibunya pada 26 Ogos 2020. Ibu mangsa bersetuju.
Beberapa hari sebelum pertemuan tersebut, pesalah lelaki sekali lagi merotan mangsa apabila mendapat tahu wang dalam kad tambang untuk menaiki pengangkutan awam kanak-kanak itu, cepat habis.
Dia juga mendapat tahu mangsa kehilangan wang saku sekolah dan meminta wang tunai daripada guru-gurunya. Prestasi akademik mangsa juga lemah.
Apabila mangsa memberitahu rotan tidak akan berkesan ke atas dirinya, pesalah 'naik hantu' lalu menampar dan mengambil tali pinggang untuk memukulnya.
Tali pinggang yang digunakan ada kalanya terkena bahagian muka mangsa.
Dia mengalami kecederaan pada muka, lengan dan kaki.
Pada 24 Ogos 2020, guru mangsa menyedari kesan luka teruk pada lengan dan kaki mangsa ketika dia ke sekolah.
Guru itu bercakap dengan mangsa, yang kemudian menceritakan apa yang berlaku.
Pelajar itu turut berkata dirinya berasa "sangat takut" untuk pulang ke rumah.
Ini mendorong guru mangsa untuk bertindak. Pihak sekolah pun menghubungi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.
Pada hari yang sama, mangsa dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK oleh seorang pegawai perlindungan kanak-kanak MSF. Dia dirawat di hospital selama 10 hari bagi kecederaan yang dialami.
Pada keesokan harinya, sekitar jam 1.50 pagi, lelaki terbabit diberkas polis. Ibu mangsa pula diberkas sekitar pukul 1.45 tengah hari.
Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas kedua-dua pesalah pada bulan depan.

Sumber : Today/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.