Lelaki saman wanita S$3 juta selepas trauma ditolak cintanya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang ditolak oleh seorang wanita daripada menjalinkan sebarang hubungan istimewa, memfailkan dua tindakan undang-undang terhadap wanita itu kerana tidak dapat memperbaiki hubungan mereka dan trauma emosi yang terpaksa dilaluinya selepas beliau ketahui wanita itu hanya menganggapnya sebagai kawan.
Encik K Kawshigan memfailkan satu tuntutan mahkamah ke atas Cik Nora Tan Shu Mei di Mahkamah Majistret untuk ganti rugi S$22,000 kerana
dikatakan melanggar perjanjian untuk memperbaiki hubungan mereka.
Tuntutan kedua difailkan di Mahkamah Tinggi untuk S$3 juta atas trauma emosi yang dihadapinya selepas mendapat tahu bahawa beliau hanya menganggapnya sebagai seorang kawan.
Tindakan undang-undang di Mahkamah Majistret dibatalkan oleh timbalan pendaftar Lewis Tan, menurut penghakiman yang diterbitkan pada Sabtu (28 Jan).
Encik Tan menyifatkan tuntutan tersebut sebagai penyalahgunaan proses.
Menurut penghakiman itu, Encik Kawshigan berjumpa Cik Tan buat kali pertama dalam sesi pergaulan pada 2016. Mereka kemudian menjalin persahabatan namun masalah mula timbul sekitar bulan September 2020 apabila mereka "mula berselisih faham tentang hubungan mereka," kata Encik Tan.
Cik Tan menganggap Encik Kawshigan sebagai kawan, namun Encik Kawshigan menganggapnya sebagai kawannya yang paling rapat. Dalam perbincangan kemudian, Cik Tan meminta supaya mereka mengurangkan interaksi.
Hal tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati pada Encik Kawshigan yang merasakan bahawa ini bermakna hubungan mereka tidak dapat melangkah lebih jauh. Cik Tan menekankan kepentingan batasan dan mengehadkan perjumpaan mereka.
Beberapa minggu selepas itu, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai kaunselor Encik Kawshigan menghubungi Cik Tan yang memintanya untuk menghadiri sesi kaunseling bersama Encik Kawshigan.
Cik Tan hanya bersetuju kerana berfikiran bahawa sesi tersebut dapat membantu Encik Kawshigan menerima kenyataan. Prosiding undang-undang yang diancam oleh Encik Kawshigan diketepikan sementara Cik Tan menyertai sesi kaunseling itu namun sesi tersebut tidak begitu berkesan.
Pada 2 Jun 2022 Encik Kawshigam menghantar Cik Tan surat untuk memberitahunya bahawa beliau sedang membuat tawaran menyelesaikan masalah secara baik sebelum memulakan tindakan sivil terhadapnya.
SAMAN MAHKAMAH TINGGI
Cik Tan tidak menjawab tawaran itu dan Encik Kawshigan kemudian memulakan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi terhadap Cik Tan pada 7 Julai 2022. Beliau menuntut pampasan melebihi S$3 juta atas dakwaan
kata-kata fitnah dan kelakuan cuai Cik Tan.
Encik Kawshigan mendakwa bahawa kenyataan Cik Tan yang menunjukkan bahawa beliau mengganggu dan mengintip Cik Tan menjejas "reputasi cemerlangnya" serta membawa "kemurungan, trauma dan kesan" dalam hidupnya.
Jumlah S$3 juta juga termasuk "kehilangan potensi pelaburan yang tidak boleh ditentukan" berjumlah S$1.2 juta.
Sementara itu, Cik Tan memperoleh perintah perlindungan yang dipercepatkan terhadap Encik Kawshigan dan memfailkan pembelaan dan tuntutan balasnya kepada tindakan Mahkamah Tinggi.
Cik Tan berkata beliau seorang mangsa gangguan Encik Kawshigan dan bahawa Encik Kawshigan mengancamnya dengan menyatakan bahawa Cik Tan harus terus berkomunikasi bersamanya atau beliau akan menghadapi
prosiding sivil atau tindakan polis.
Encik Kawshigan menuntut ganti rugi khas S$22,000 dalam tuntutan Mahkamah Majistret itu. Beliau mendakwa bahawa kapasiti pendapatannya sebagai "peniaga modal tinggi yang aktif pada waktu malam dan CEO yang sibuk pada siang hari" terjejas secara negatif.
Menurut peguam Cik Tan, Encik Edmond Pereira dan Cik Jessica Cheung, mahkamah pada Selasa mengarahkan Encik Kawshigan membayar kos sebanyak S$14,000 ditambah GST dan pembayaran kepada Cik Tan.
Cik Tan mempunyai permohonan perintah perlindungan peribadi jangka panjang terhadap Encik Kawshigan, dengan perbicaraan untuk kes itu diteruskan pada bulan Februari.
Secara berasingan, Cik Tan juga membuat aduan majistret terhadap Encik Kawshigan, kata peguamnya. Hal tersebut belum selesai.
Saman Mahkamah Tinggi ditetapkan untuk persidangan kes pada Februari.

Sumber : CNA/HY/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.