Lelaki rompak beg wanita diberkas dalam 24 jam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pasukan Polis Singapura)
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memberkas seorang lelaki 48 tahun atas dakwaan terlibat dalam kes rompak.
Pada 20 Ogos 2023, kira-kira pukul 12.15 pagi, polis dimaklumkan tentang kes merompak di Woodlands Avenue 7. Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu merompak beg tangan mangsa yang mengandungi S$10 dan beberapa barang lain.
Menerusi siasatan di tempat kejadian dan dengan bantuan gambar dari kamera polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), para pegawai dari Divisyen Polis Woodlands mengenal pasti identiti lelaki itu dan memberkas lelaki itu dalam tempoh 24 jam selepas laporan tersebut. Beg tangan biru mangsa juga ditemui.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Selasa (22 Ogos) atas kesalahan merompak, di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan 1871. Kesalahan tersebut membawa hukuman penjara tidak kurang dari tiga tahun, dan tidak lebih dari 14 tahun, serta hukuman rotan sekurang-kurangnya 12 sebatan.
Polis tidak akan bertolak ansur untuk memberkas mereka yang melakukan jenayah serius.
Orang awam yang berdepan insiden mencuri dinasihatkan agar terus bertenang, mengenal pasti ciri-ciri penjenayah, dan hubungi polis dengan segera.

Sumber : AGENCIES/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.