Skip to main content

Singapura

Lelaki rakyat SG diberkas di Batam kerana rogol anak tiri sejak 2 tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:
BATAM: Polis di Batam, Indonesia dilaporkan memberkas seorang lelaki rakyat Singapura atas perbuatan seksual yang dilakukan terhadap anak perempuan tirinya yang bawah umur.

Demikian menurut Unit Siasatan Jenayah Sekupang pada Sabtu (7 Sep).

Warga Singapura berusia 50 tahun itu, yang dikenali sebagai AH, ditangkap pada 7 September lalu di kediamannya di Mutiara View, Sekupang, Indonesia, lapor media Indonesia Batampos.

Dia disyaki merogol anak perempuan tirinya berusia 16 tahun, secara berulang kali sejak 2022.

Antara barangan yang dirampas semasa dia diberkas termasuk sebuah permainan seks, dua telefon bimbit dan pasport Singapura, menurut Batampos dalam satu catatan di Instagram.

Menurut pihak polis, AH didakwa melakukan perbuatan tersebut sejak 2022 sebanyak 120 kali. Terakhir kali insiden sedemikian berlaku adalah lima hari sebelum dia diberkas.

Ketua Siasatan Jenayah Sekupang M. Ridho mengatakan bahawa kes berkenaan terbongkar apabila polis menerima aduan daripada rakan ibu mangsa itu.

Ibu mangsa tersebut meminta bantuan untuk melarikan diri dari rumahnya memandangkan AH dikatakan selalu bertindak secara ganas terhadapnya.

Semasa siasatan dijalankan, mangsa terbabit mendedahkan bahawa dia seringkali dirogol bapa tirinya.

Rakan ibu mangsa itu pun segera membuat aduan kepada pihak polis.

Suspek terbabit sedang ditahan sementara siasatan lanjut dijalankan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita