Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki rakam bawah skirt wanita di Pusat Pemeriksaan Woodlands dipenjara 4 minggu

Perbuatan seorang lelaki yang mengambil rakaman video bawah skirt seorang wanita di Pusat Pemeriksaan Woodlands dilihat dua pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA). Akibatnya dia ditangkap.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki rakam bawah skirt wanita di Pusat Pemeriksaan Woodlands dipenjara 4 minggu

Gambar fail Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Diterbitkan : 12 Dec 2019 04:57PM Dikemas Kini : 12 Dec 2019 04:58PM

SINGAPURA: Perbuatan seorang lelaki yang mengambil rakaman video bawah skirt seorang wanita di Pusat Pemeriksaan Woodlands dilihat dua pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA). Akibatnya dia ditangkap.

Hari ini (12 Dis) Mahkamah Negara mengenakan hukuman penjara empat minggu terhadapnya.

Leong Sau Chung, seorang penjaga stor berusia 31 tahun, ternampak mangsa, berumur 36 tahun, turun di terminal bas di Woodlands pada 15 Ogos lalu.

Mahkamah diberitahu kedua-dua warga Malaysia itu kemudian menuju ke dewan ketibaan di pusat pemeriksaan.

Leong berjalan di belakang wanita berkenaan yang memakai skirt di atas paras lutut, ketika menaiki tangga.

Suspek kemudian merakam video bawah skirt mangsa sepanjang menaiki tangga dan sekali lagi berbuat demikian ketika mereka menaiki tangga bergerak ke dewan ketibaan.

Pada sekitar 8.45 malam, pegawai ICA berusia 30 tahun, Penolong Superintenden Ng Jian Hui, melaporkan diri untuk bertugas bersama seorang rakan sekerja di pusat pemeriksaan itu.

Mereka berdua terlihat Leong sedang berkelakuan mencurigakan di belakang wanita berkenaan di tangga bergerak dan ternampak dia meletakkan telefon bimbitnya di bawah skirt mangsa.

ASP Ng dengan segera memaklumkan hal itu kepada para pegawai polis berdekatan tentang apa yang dilihatnya sementara rakan sekerjanya menahan Leong daripada meninggalkan kawasan tersebut.

Pemeriksaan ke atas telefon bimbit Leong mendapati ada dua video bawah skirt wanita itu yang menunjukkan kaki serta seluar dalam mangsa.

Leong mengaku kepada ASP Ng dan polis bahawa dia merakamkan video-video itu. Pada Khamis (12 Dis), Leong mengaku bersalah atas satu tuduhan mencabul kehormatan wanita dengan satu lagi tuduhan diambil dalam pertimbangan hukuman.

Bagi kesalahan mencabul kehormatan wanita, Leong boleh dipenjara sehingga setahun, didenda atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan