Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki PR S'pura berusia 21 tahun mengaku buat kenyataan anti-Islam di Instagram

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 21 tahun mengaku membuat kenyataan yang menyinggung perasaan umat Islam di Singapura dan juga terhadap agama tersebut termasuk ancaman keganasan melalui Instagram Stories.

Kenyataan berkenaan menjadi tular selepas ia muncul semula lebih setahun selepas dia memuat naik kenyataan tersebut.

Sebanyak 62 aduan dilaporkan kepada pihak polis.

Sun Sicong, seorang Penduduk Tetap Singapura (PR) mengaku bersalah pada Jumaat (6 Mei) atas satu tuduhan dengan niat yang sengaja untuk melukakan perasaan penganut agama tersebut.

Lagi dua tuduhan yang tidak bersangkut paut dengan tuduhan pertama turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Ketika itu tertuduh adalah seorang pelajar di Politeknik Temasek. Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp pada Disember tahun lalu, politeknik tersebut menyatakan bahawa Sun sudah digantung selama dua penggal berturut-turut menyusuli siasatan yang dijalankan pada Jun 2020.

"(Pihak politeknik) tidak menyokong sebarang tindakan atau tingkah laku yang menimbulkan kebencian dan keganasan.

Memandangkan kes ini sudah dibawa ke mahkamah, kami tidak dapat mengulas lanjut," dedah kenyataan tersebut.

Siasatan mendedahkan bahawa pada 2018 dan 2019, Sun yang berasal dari China, memuat naik beberapa Instagram Stories yang mengandungi komen-komen yang menyinggung umat Islam dan terhadap agama tersebut, dedah Timbalan Pendakwa Raya Senthilkumaran Sabapathy dalam dokumen-dokumen mahkamah.

"Tertuduh memuat naik (catatan yang menyinggung perasaan), yang antara lain, melibatkan ancaman keganasan yang serius terhadap umat Islam, ancaman membakar al-Quran dan menghina ajaran Islam, yang boleh dilihat oleh para pengguna Instagram, termasuk pengguna Muslim, dengan tujuan untuk melukakan perasaan umat Islam dengan sengaja,” kata DPP Senthilkumaran dalam dokumen itu.

Atas kesalahan membuat kenyataan dengan niat yang sengaja untuk menyinggung atau melukakan perasaan penganut agama lain, Sun boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan