Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki muat naik gambar hidu pakaian dalam didenda atas gangguan awam, miliki video lucah

Seorang lelaki yang memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan dirinya menghidu pakaian dalam wanita yang diambilnya dari luar rumah orang yang tidak dikenali, didenda S$2,400 pada Jumaat (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki muat naik gambar hidu pakaian dalam didenda atas gangguan awam, miliki video lucah

Lim Wei Ming. (Gambar: Instagram/wei.ming.lim)

Diterbitkan : 18 Sep 2020 02:13PM Dikemas Kini : 18 Sep 2020 02:18PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan dirinya menghidu pakaian dalam wanita yang diambilnya dari luar rumah orang yang tidak dikenali, didenda S$2,400 pada Jumaat (18 Sep).

Lim Wei Ming, 35 tahun, mengaku bersalah terhadap satu tuduhan melakukan gangguan awam dan satu lagi tuduhan memiliki video lucah, dengan tiga lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Ketika menjatuhkan hukuman, hakim turut mengambil kira tempoh dia ditahan reman, iaitu selama beberapa minggu.

Mahkamah dimaklumkan mengenai satu insiden di mana Lim ternampak seluar pendek berwarna hitam di sidaian pakaian di Choa Chu Kang. Dia kemudian melakukan aksi lucah dan memetik gambar seluar pendek itu sebelum meletakkannya semula di rak tersebut.

Dia memuat naik gambar itu ke akaun Instagramnya yang boleh diakses orang ramai pada 14 Ogos tahun lalu, sambil menulis nombor blok di mana dia mengambil seluar pendek itu dan gambaran ringkas mengenai perbuatannya itu.

Sejurus selepas catatan itu dimuat naik, Lim menerima beberapa aduan dan dia kemudian memadamkan gambar-gambar itu. Sebanyak 38 aduan dibuat terhadapnya melalui platform polis "I-witness".

Atas perbuatan melakukan gangguan awam, Lim boleh didenda sehingga S$1,000. Bagi kesalahan memiliki filem lucah, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun, didenda sehingga S$40,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan