Lelaki minta dibicarakan atas dakwaan membunuh wanita, cuba lakukan seks dengan mayatnya
Seorang lelaki cemburu dalam satu kes cinta "tidak berbalas" didakwa membunuh wanita yang diidamkannya sebelum cuba melakukan hubungan seks dengan mayat wanita itu.
Boh Soon Ho didakwa atas tuduhan membunuh wanita 28 tahun di Blok 70 Circuit Road. (Gambar: Ernest Chua/TODAY)
SINGAPURA: Seorang lelaki cemburu dalam satu kes cinta "tidak berbalas" didakwa membunuh wanita yang diidamkannya sebelum cuba melakukan hubungan seks dengan mayat wanita itu.
Warga Malaysia Boh Soon Ho, 51 tahun, meminta untuk dibicarakan pada Rabu (18 Sep) atas satu dakwaan membunuh, satu lagi bagi percubaan melakukan hubungan kelamin dengan mayat dan ketiga bagi mencuri wang tunai serta telefon bimbit daripada wanita yang mati itu.
Menurut ucapan pembukaan pendakwa, Boh telah mengekori wanita itu dan terlihat beliau bersama lelaki-lelaki lain sebelum bersemuka dengan mangsa kerana cemburu, tiga tahun lalu.
Setelah percubaan Boh untuk melakukan seks dengan jururawat berusia 28 tahun itu gagal dan mengetahui akan keintimannya bersama seorang lelaki lain, penduduk tetap Singapura berkenaan mencekik mangsa dengan tuala mandi.
Pendakwa berkata Boh kemudian menanggalkan pakaian wanita itu dan mengambil gambar-gambar bogel mangsa serta cuba untuk melakukan seks dengannya.
Setelah itu, dia meloloskan diri ke Malaysia sehingga diberkas oleh Polis Diraja Malaysia pada awal April 2016 dan dibawa balik ke Singapura.
Mahkamah diberitahu Boh mengenali wanita itu, seorang warga China bernama Zhang Huaxiang, pada 2011 atau 2012 ketika kedua-duanya bekerja sambilan di sebuah kafeteria kakitangan di Marina Bay Sands Resort.
Jika didapati bersalah membunuh, dia boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Boh tidak boleh dirotan kerana usianya yang melebihi 50 tahun.
Hukuman bagi melakukan hubungan seks dengan mayat adalah penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan mencuri daripada mangsa yang sudahpun mati, hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda boleh dikenakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.