Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki miliki mercun diberkas ketika lalui Pusat Pemeriksaan Tuas

Seorang lelaki berusia 28 tahun diberkas kerana memiliki 49 mercun ketika melalui Pusat Pemeriksaan Tuas, menurut polis dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media bersama hari ini (3 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki miliki mercun diberkas ketika lalui Pusat Pemeriksaan Tuas

Gambar fail Pusat Pemeriksaan Tuas. (Gambar: Elizabeth Khor)

Diterbitkan : 03 Feb 2019 04:22PM Dikemas Kini : 03 Feb 2019 04:24PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 28 tahun diberkas kerana memiliki 49 mercun ketika melalui Pusat Pemeriksaan Tuas, menurut polis dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media bersama hari ini (3 Feb).

Pihak berkuasa menyatakan bahawa pada sekitar 8.30 malam semalam (2 Feb), seorang pegawai ICA mengarahkan sebuah kereta berdaftar di Malaysia yang dipandu oleh seorang lelaki untuk menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Pihak berkuasa menambah bahawa semasa pemeriksaan itu, pegawai ICA berkenaan menemui sebuah kotak yang mengandungi 49 mercun di bahagian but kereta tersebut.

Lelaki berkenaan kemudian diberkas kerana memiliki mercun berbahaya di bawah Akta Mercun Berbahaya. Kes itu dirujuk kepada polis dan mercun tersebut dirampas bagi siasatan, menurut kenyataan itu.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan denda tidak melebihi S$5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

"Sempadan kami adalah barisan pertahanan pertama bagi menjaga keselamatan Singapura dan pemeriksaan keselamatan sangat penting bagi melindungi keselamatan negara ini.

"ICA akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas para penumpang dan kenderaan-kenderaan bagi mencegah sebarang percubaan untuk menyeludup manusia, dadah, senjata, bom atau barang-barang terlarang.

"Cara-cara penyembunyian yang digunakan oleh para penyeludup juga mungkin digunakan oleh para pengganas untuk menyeludup senjata dan bom-bom bagi melancarkan serangan di Singapura," menurut polis dan ICA dalam kenyataan tersebut. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan