Lelaki meninggal dunia susuli pergaduhan di kedai kopi dekat Kitchener Road
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki 25 tahun meninggal dunia menyusuli satu pergaduhan di Verdun Road pada awal pagi Ahad (22 Sep).
Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan memint apertolongan di Verdun Road, terletak berdekatan Kitchener Road sekitar pukul 4.05 pagi.
Dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun berada dalam keadaan tidak sedar apabila dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.
Lelaki yang berusia 25 tahun kemudian meninggal dunia, menurut polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.
Menurut laporan 8world, satu pergaduhan berlaku di sebuah kedai kopi berdekatan 16 Verdun Road, dengan kedan darah kelihatan di lantai.
Dua pasang selipar hitam disenaraikan sebagai bahan bukti. Salah satu daripadanya dijumpai di luar kedai kopi tersebut, menurut seorang wartawan di lokasi kejadian.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.