Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki mengintip wanita di tandas pusat makanan East Coast dijel sebulan

Bagi kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita dan menceroboh kawasan, Ang Yap Wah dijatuhi hukuman penjara sebulan pada Selasa (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki mengintip wanita di tandas pusat makanan East Coast dijel sebulan

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 26 Jun 2018 06:28PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 06:31PM

SINGAPURA: Seorang penghantar makanan berusia 45 tahun mengekori seorang wanita ke tandas bersebelahannya, mengintipnya, dan kemudian memanjat ke dalam tandasnya.

Bagi kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita dan menceroboh kawasan, Ang Yap Wah dijatuhi hukuman penjara sebulan pada Selasa (26 Jun).

Kejadian itu berlaku di Pusat Makanan East Coast Lagoon pada 20 Mei sekitar jam 1.00 petang. Mahkamah difahamkan bahawa mangsa yang berusia 25 tahun, yang identitinya dilarang didedahkan oleh mahkamah, melihat Ang di dalam tandas apabila beliau berdiri untuk memakai seluar pendeknya.

Hakim Daerah Eddy Tham sudah mengambil kira bahwa Ang mempunyai IQ rendah, dan dia tidak tinggal bersama sebarang ahli keluarga.

Atas kesalahan mencabuli kehormatan seorang wanita, Ang boleh dipenjarakan sehingga setahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan