Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki mengaku curi beg cucian dari asrama NUS untuk lihat pakaian dalam wanita

 Seorang lelaki berusia 20 tahun mengaku di mahkamah pada Isnin (9 Nov) bahawa dia berulang kali mencuri beg-beg cucian dari sebuah asrama di Universiti Nasional Singapura, dengan menceroboh masuk dormitori bila masa saja dia mempunyai keinginan untuk melihat pakaian dalam wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki mengaku curi beg cucian dari asrama NUS untuk lihat pakaian dalam wanita

Gambar fail Universiti Nasional Singapura.

Diterbitkan : 09 Nov 2020 12:44PM Dikemas Kini : 09 Nov 2020 12:47PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun mengaku di mahkamah pada Isnin (9 Nov) bahawa dia berulang kali mencuri beg-beg cucian dari sebuah asrama di Universiti Nasional Singapura, dengan menceroboh masuk dormitori bila masa saja dia mempunyai keinginan untuk melihat pakaian dalam wanita.

Goh An Soon mengaku bersalah atas satu tuduhan melesapkan barangan termasuk sembilan beg cucian berisikan pelbagai pakaian dan satu lagi tuduhan menceroboh King Edward VII Hall sebanyak lapan kali.

Goh merupakan seorang pelajar pada waktu kesalahan-kesalahan itu dilakukan. Nama sekolah tersebut tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.

Antara Dis 19, 2018 dengan Feb 1, 2019, dia ke pergi ke asrama NUS itu sebanyak lima kali dan mencuri beberapa barangan.

Ini termasuk pakaian dalam dari sebuah mesin pencuci, beg cucian mengandungi empat pakaian dalam dalam dari sebuah lagi mesin pencuci, sepasang seluar pendek berwarna hitam yang digantung di koridor awam, sebuah beg cucian mengandungi pakaian dalam serta sebuah dompet kulit berwarna hitam.

Dia juga mengambil beberapa pakaian dalam yang digantung di sebuah koridor awam.

Bagi kesalahan melesapkan harta benda, Goh boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duannya. Atas kesalahan menceroboh, dia boleh dijatuhi hukuman penjara selama setahun, didenda sehingga S$3,000 atau kedua-duannya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan