Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki mengaku bersalah sebabkan kematian isteri di hotel Newcastle ketika bercuti

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki mengaku bersalah sebabkan kematian isteri di hotel Newcastle ketika bercuti

Gambar: Facebook/ Northumbria Police

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura mengaku bersalah menyebabkan kematian isterinya ketika mereka sedang bercuti di England pada tahun lalu.

Fong Soong Hert, 50 tahun, pada Jumaat lalu (18 Mac) mengaku bersalah menyebabkan kematian tetapi dia menafikan tuduhan membunuh isterinya, Cik Pek Ying Ling, yang berusia 51 tahun.

Pendakwa raya belum menerima pendakwaan perbuatan menyebabkan kematian oleh tertuduh buat masa ini, Mahkamah Newcastle Crown memberitahu Mediacorp melalui satu emel pada Selasa (22 Mac).

Dia terus ditahan reman sehingga hari perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 6 Jun.

Pek ditemui mati pada 6 Disember tahun lalu di County Aparthotel, sebuah hotel empat bintang di Westgate Road di Newcastle, timur laut England.

Pihak polis Northumbria menerima "laporan membimbangkan" pada pukul 3.15 petang waktu Singapura hari berkenaan tentang seorang wanita di alamat sebuah hotel di Westgate Road.

Pek tidak bernafas ketika ditemui dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak berkuasa, menurut penyiar Britain ITV dan BBC ketika itu.

Suaminya diberkas pada pagi itu selaku suspek.

Dalam kenyataan keluarga bersama yang dikeluarkan beberapa hari kemudian, tiga anak lelaki pasangan itu mengatakaan bahawa mereka "sepatutnya berjumpa untuk percutian keluarga".

"Seluruh kejadian ini amat mengejutkan kami," kata mereka.

Ketika Mediacorp menghubungi Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura pada Disember lalu, kementerian itu menyatakan ia sedia maklum tentang berita kematian Pek dan menyampaikan "takziah mendalam kepada keluarga itu tatkala mereka berdukacita".

Hukuman maksimum untuk pembunuhan atau perbuatan menyebabkan kematian di Britain adalah penjara seumur hidup.

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan