Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki mengaku bersalah rakam anak saudara remaja mandi

Dalam tempoh tiga tahun sejak 2017, seorang lelaki 32 tahun merakam anak saudaranya, seorang gadis remaja, semasa mandi di rumah, memetik gambar dari bawah skirt dan seluar pendek ketika mangsa tidur.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki mengaku bersalah rakam anak saudara remaja mandi

(Gambar: Kevin Baquerizo/Unsplash)

Diterbitkan : 11 Aug 2021 02:41PM Dikemas Kini : 11 Aug 2021 02:45PM

SINGAPURA: Dalam tempoh tiga tahun sejak 2017, seorang lelaki 32 tahun merakam anak saudaranya, seorang gadis remaja, semasa mandi di rumah, memetik gambar dari bawah skirt dan seluar pendek ketika mangsa tidur.

Kesalahannya itu terbongkar pada 2019, apabila kaunselor sekolah remaja itu membuat aduan polis terhadap lelaki tersebut.

Lelaki itu, seorang warga Myanmar, mengaku bersalah atas tuduhan menghina kehormatan anak saudaranya dengan merakamnya di bilik mandi.

Nama tertuduh tidak dapat didedahkan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti anak saudaranya yang kini berusia 18 tahun.

Dua tuduhan lain menghina kehormatan akan diambil kira dalam menjatuhkan hukuman, yang sudah ditangguhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu merakam anak saudaranya ketika mangsa sedang mandi pada 2017. Mereka berdua tinggal di rumah yang sama dengan keluarga mangsa.

Anak saudaranya baru sampai di rumah dari sekolah pada waktu itu.

Setelah mandi, dia ternampak telefon bimbit lelaki itu diletakkan di belebas tingkap dan mendapati alat itu sedang merakamnya.

Dia dengan segera memadam video tersebut dan mencampakkan telefon ke lantai sebelum meninggalkan tandas.

Timbalan Pendakwa Raya Chong Ee Hsiun berkata: "Dia tidak memberitahu sesiapa pun tentang apa yang terjadi kerana dia berasa dirinya tidak akan dipercayai."

Selepas kejadian itu, mangsa menjadi takut untuk mandi atau tidur di rumah dan bimbang pakciknya akan menghina kehormatannya lagi, kata pendakwa.

Menuntut hukuman penjara sekurang-kurangnya 12 minggu, beliau berhujah bahawa pencerobohan privasi mangsa adalah serius.

"Kesalahan itu berlaku di rumah mangsa dan dilakukan oleh seorang ahli keluarga, yang layak dipercayai mangsa."

Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa pada 2018, lelaki itu mengambil gambar dari bawah skirt anak saudaranya dan memasuki bilik tidur mangsa pada 2019 untuk memetik dua gambar dari bahagian bawah pembukaan seluar pendek mangsa yang sedang tidur.

Atas kesalahan menghina kehormatan seorang wanita, lelaki itu boleh dipenjara hingga setahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan