Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki mengaku bersalah bantu rakan tidak divaksin guna app TraceTogether miliknya masuk bar di Sentosa

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki mengaku bersalah bantu rakan tidak divaksin guna app TraceTogether miliknya masuk bar di Sentosa

Gambar: Aaron Low/TODAY

Diterbitkan : 10 Feb 2022 08:10AM Dikemas Kini : 10 Feb 2022 08:10AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 37 tahun mengaku bersalah di mahkamah pada Rabu (9 Feb) kerana membantu rakannya yang tidak divaksin untuk masuk ke sebuah bar dengan menggunakan aplikasi TraceTogether miliknya.

Kiran Singh Rughbir Singh, seorang warga Malaysia yang bekerja sebagai pengurus kedai, mengaku bersalah atas satu tuduhan menipu dengan cara penyamaran.

Dia belum lagi dikenakan hukuman kerana peguamnya meminta masa untuk menyediakan rayuan. Kiran akan kembali ke mahkamah pada 25 Feb.

Di bawah peraturan COVID-19, (Langkah-langkah sementara) (Perintah kawalan), tempat makanan dan minuman serta perniagaan runcit minuman keras hanya boleh membenarkan individu yang sudah lengkap divaksin untuk makan atau minum di premis mereka.

Mahkamah diberitahu bahawa Kiran dan temanitanya berjumpa dengan rakan mereka, Utheyakumar Nallathamby, seorang pesara 65 tahun, pada petang 9 September untuk pergi ke Pulau Sentosa.

Kiran menyarankan Utheyakumar, yang tidak divaksin, untuk masuk ke Coastes Bar dengan menggunakan aplikasi TraceTogether dan status vaksinasi miliknya.

Utheyakumar bersetuju dan masuk ke dalam bar itu menggunakan telefon bimbit Kiran. Dia juga mengesahkan kepada kakitangan bar status vaksinasinya adalah betul.

Tembelangnya terbongkar apabila seorang penolong pengurus dari sebuah bar lain ternampak Utheyakumar dan mengecamnya kerana tidak dibenarkan masuk sebelum itu kerana belum divaksin.

Beliau memberitahu pengurus Coastes Bar yang segera memeriksa telefon bimbit Utheyakumar dan menyedari ia adalah telefon bimbit milik Kiran.

Seorang pengurus pematuhan bagi Sentosa Development Corporation membuat laporan polis seminggu kemudian. Susulan siasatan, Kiran dan Utheyakumar ditahan pada 13 Disember tahun lalu.

Utheyakumar juga sudah didakwa.

Mereka yang sabit kesalahan kerana menipu dengan cara penyamaran boleh didenda atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa