Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki mengaku bersalah ambil gambar bawah skirt wanita di Stesen MRT City Hall

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki 21 tahun ditangkap melakukan kesalahan mengambil gambar bawah skirt wanita di Stesen MRT City Hall.

Perbuatannya dikesan seorang teknisyen SMRT yang melihat lelaki itu mengekori mangsa dengan rapat menaiki tangga bergerak di stesen MRT tersebut sambil merakam bawah skirtnya.

Apabila ditegur kakitangan SMRT itu, lelaki berkenaan, menafikan perbuatannya.

Dia juga enggan bekerjasama sehingga pihak berkuasa dihubungi.

Pada Jumaat (28 Jan), Kong Ji Hao Brandon mengaku bersalah atas satu tuduhan penyakit intai, dan satu tuduhan memiliki bahan penyakit intai atau intim dengan tiga lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Arahan mahkamah dikeluarkan bagi melindungi identiti mangsa. Nama teknisyen yang menjadi saksi insiden itu juga dipadamkan daripada dokumen mahkamah.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 10.30 pagi, 23 November 2020, teknisyen berkenaan sedang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan di Stesen MRT City Hall apabila ternampak Kong berkelakuan mencurigakan. Kong ketika itu sedang berjalan beberapa meter di belakang mangsa.

Apabila mangsa naik ke tangga bergerak, teknisyen tersebut melihat Kong bergegas untuk berdiri rapat di belakang mangsa sebelum meletakkan telefon bimbit Apple iPhone XS Max di bawah skirt mangsa.

Kakitangan SMRT itu berlari ke atas tangga bergerak itu untuk menahan mangsa dan Kong.

Teknisyen itu membawa Kong dan mangsa ke pusat perkhidmatan penumpang apabila Kong enggan menunjukkan telefon bimbitnya.

Polis kemudian dihubungi .

Menyusuli kejadian itu, polis menyerbu rumah Kong dan merampas peranti elektroniknya. Mereka menemui satu rakaman berunsur penyakit intai dan tiga lagi rakaman serupa.

Pada Jumaat, Hakim Daerah Ng Peng Hong meminta satu satu laporan kesesuaian probesen dan menangguhkan hukumannya kepada 17 Mac.

Atas satu tuduhan penyakit intai, Kong boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau dirotan, atau dikenakan sebarang gabungan hukuman itu.

Bagi setiap tuduhan memiliki atau mendapat akses kepada gambar atau rakaman penyakit intai atau intim, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan