Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki mengaku berbasikal dalam keadaan bogel di Pulau Sekijang Pelepah, tunjuk kemaluan di NTU, NUS

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 54 tahun mengaku di mahkamah pada Rabu (28 Ogos) bahawa dia telah berbasikal dalam keadaan bogel di Pulau Lazarus, yang juga dikenali sebagai Pulau Sekijang Pelepah, dan menunjukkan kemaluannya di dua universiti.

Leong Weng Wai, seorang rakyat Singapura, mengaku bersalah atas tiga tuduhan Akta Kesalahan-kesalahan Lain (Ketenteraman dan Gangguan Awam).

Lagi dua tuduhan kerana tampil dalam keadaan telanjang di University Town di NUS akan diambil kira semasa dia dijatuhkan- hukuman.

PEKHEMAH DI PULAU SEKIJANG PELEPAH

Pada 14 November tahun lalu, dua mangsa wanita, yang usianya tidak didedahkan, telah berkelah di Pulau Sekijang Pelepah.

Pada hari tersebut, mereka ternampak Leong berbasikal dalam keadaan telanjang. Leong ternampak mereka lalu segera turun dari basikalnya.

Dia pun meninggalkan basikal berkenaan di laluan dan bersembunyi di kawasan semak dan pokok.

Kedua-dua pekhemah tersebut pun terus berjalan di sekitar pulau berkenaan.

Leong bagaimanapun berbasikal berhampiran mereka dalam keadaan telanjang.

Kali ini, Leong berhenti di hadapan mereka dan meminta pakaian daripada mereka.

Dia mendakwa pakaiannya telah "dihanyutkan" ke laut. Mangsa tersebut menolak permintaannya lalu berjalan pergi.

Siasatan mendedahkan Leong telah meninggalkan pulau tersebut pada malam hari itu tetapi kembali keesokan paginya.

Kedua-dua individu tersebut memaklumkan pihak polis pada lewat bulan itu mengenai lelaki tersebut yang didapati telanjang di Pulau Sekijang Pelepah.

TUNJUK KEMALUAN DI NUS, NTU

Leong juga mengaku menunjukkan kemaluannya kepada mahasiswi di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada Mei tahun lalu.

Pada kira-kira 10.00 malam pada 18 Mei 2023, Leong pergi ke sebuah tandas bagi golongan kurang upaya di Pusat Stephen Riady di University Town NUS.

Dia meminta pertolongan, dan seorang wanita bergegas lalu ternampaknya terlentang di lantai tandas tersebut, dengan kepalanya terkeluar dari pintu tandas berkenaan.

Wanita terbabit meminta rakannya, seorang mahasiswi NUS, supaya menemaninya untuk membantu Leong.

Apabila mereka menghampiri, mereka bagaimanapun menyedari bahawa seluar Leong telah ditarik turun dan kemaluannya terdedah.

Leong memberitahu mereka bahawa dia mengalami kecederaan di bahagian siku dan lutut.

Dua wanita terbabit membantu Leong untuk bangun. Dia memakai seluarnya setelah berulang kali diminta untuk berbuat demikian, dan wanita tersebut mengiringi Leong ke sebuah perhentian bas.

Mahasiswi NUS itu membuat aduan polis beberapa hari kemudian, dengan menyatakan bahawa seorang lelaki telah mendedahkan kemaluannya dua kali kepada mahasiswi itu di tandas berkenaan.

Pada 23 Mei 2023, seorang mahasiswi NTU ternampak Leong terbaring di lantai tandas bagi golongan kurang upaya di NTU.

Dia memerhati Leong memakai sehelai kemeja, tetapi seluarnya ditarik turun ke paras buku lali.

Leong menghulurkan kedua-dua tangannya dan meminta wanita tersebut membantunya untuk bangun.

Dia bersetuju, tetapi sedang dia membantunya, dia ternampak kemaluan Leong.

Dia pun memberitahu Leong untuk henti bersandar terhadapnya.

Hakim menggesa supaya satu laporan dibuat untuk menilai kesesuaian Leong bagi menjalani arahan rawatan wajib dan ditangguhkan kepada September untuk penjatuhan hukuman.

Bagi setiap tuduhan berbogel di tempat awam, Leong boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya sekali.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan