Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki maut setelah kebakaran tercetus di bangunan Tuas

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut setelah kebakaran tercetus di bangunan Tuas

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 30 Dec 2022 07:31PM Dikemas Kini : 30 Dec 2022 11:21PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 38 tahun diisytiharkan meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di tempat kerja pada pagi Jumaat (30 Dis). Ini setelah kebakaran melibatkan tong gas tercetus di sebuah bangunan di Tuas. 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di 21 Tuas Avenue 3 itu sekitar pukul 9.05 pagi. 

Kebakaran melibatkan tong-tong gas dan dipadamkan menggunakan satu jet air, menurut SCDF, sambil menambah bahawa sekitar 40 orang dipindahkan sebelum pihaknya tiba di tempat kejadian. 

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan lelaki berusia 38 tahun itu diisytiharkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik SCDF.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 43 tahun pula dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.

Siasatan SCDF dan polis sedang dijalankan.

Mediacorp sudahpun menghubungi Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan