Lelaki maut selepas tersepit mesin tumbang; kematian ke-45 di tempat kerja tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Seorang pekerja meninggal dunia pada Selasa (27 Dis) selepas dia dilanggar dan disepit oleh mesin yang tumbang.
Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan media.
Dengan ini, jumlah kematian di tempat kerja pada 2022 adalah sebanyak 45, melepasi 37 kematian di tempat kerja yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (27 Dis), MOM menyatakan bahawa kemalangan yang membawa maut itu berlaku di 601 Rifle Range Road pada 7.53 pagi.
Rakyat Singapura yang berusia 31 tahun itu dihimpit oleh sebuah mesin yang tumbang semasa ia dialihkan oleh sebuah forklift.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan tidak sedar, di mana dia kemudian disahkan meninggal dunia.
"Semasa menggunakan forklift, penting untuk memastikan bahagian memunggah forklift itu dimasukkan di bawah muatan dan muatan itu stabil sebelum ia dipunggah," menurut jurucakap MOM.
"Ini bagi mengelakkan muatan yang dipunggah itu daripada terjatuh."
Majikan mangsa adalah RCM Resources, manakala syarikat ST Engineering Advanced Material Engineering adalah syarikat yang sedang menggunakan tapak kerja tersebut ketika kemalangan berlaku.
MOM sudahpun mengarahkan syarikat yang menggunakan tapak kerja tersebut supaya menghentikan kesemua operasi memunggah.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.