Lelaki maut selepas pergaduhan di Orchard Road, 14 individu diberkas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki 29 tahun maut selepas tercetus satu pergaduhan di Orchard Road pada Ahad pagi (20 Ogos).
Empat belas individu, antara 22 dan 32 tahun, diberkas kerana disyaki merusuh menggunakan senjata selepas pergaduhan berlaku di 100 Orchard Road, iaitu alamat bagi hotel dan pusat beli-belah Concorde, pada Ahad, sekitar pukul 6.00 pagi.
Polis menemui dua lelaki, berusia 23 dan 29 tahun, yang mengalami beberapa kecederaan ketika mereka tiba. Lelaki 29 tahun itu tidak sedarkan diri ketika dihantar ke hospital, di mana dia kemudian meninggal dunia. Lelaki 23 tahun itu dalam keadaan sedar ketika dihantar ke hospital.
Dua lagi lelaki, berusia 28 dan 32 tahun, diberkas di tempat kejadian.
Sekitar pukul 9.30 pagi pada Ahad, polis memberkas tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah tempat letak kereta bertingkat di Fernvale Road di Sengkang.
Kira-kira pukul 4.45 petang, seorang lelaki 27 tahun diberkas ketika menerima rawatan di hospital. Pada lewat petang, seorang lelaki 24 tahun juga diberkas di hospital.
Seorang lelaki 30 tahun diberkas pada pagi Isnin (21 Ogos) apabila dia menyerahkan diri kepada polis.
Senjata, termasuk dua pisau kecil dan sebilah pisau pemotong roti, dipercayai digunakan dalam insiden tersebut, dirampas polis.
"Semua individu dipercayai mengenal satu sama lain, dan pergaduhan tercetus disebabkan pertikaian," dedah Pasukan Polis Singapura (SPF).
Tiga lelaki didakwa pada Isnin atas tuduhan merusuh dengan senjata berbahaya. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan dirotan.
Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.