Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki maut jatuh 20m dari bumbung kondominium di West Coast

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang pekerja 37 tahun maut selepas jatuh 20 meter dari bumbung sebuah kondominium di West Coast menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (31 Mei). 

Ini merupakan kes kemalangan maut ketiga di tempat kerja yang dilaporkan dalam masa seminggu. 

Pekerja warga Bangladesh itu sedang melakukan kerja-kerja pemasangan struktur kalis air di atas bumbung kondominium Westcove di 16 West Coast Crescent pada kira-kira jam 10.45 pagi pada 24 Mei lalu apabila beliau tergelincir dan terjatuh.

Beliau jatuh kira-kira 20 meter ke bawah dan dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH). Beliau meninggal dunia akibat kecederaannya tidak lama kemudian. 

Pemilik tapak dan majikan kepada lelaki tersebut adalah RJ Contract, menurut MOM.

"MOM sedang menyiasat kemalangan itu dan sudahpun mengarahkan pemilik tapak supaya menghentikan kerja-kerja di dalam kawasan tersebut," menurut kementerian itu. 

Setakat ini, 25 kemalangan maut di tempat kerja sudah dilaporkan pada 2022. Jumlah itu lebih tinggi berbanding 23 kemalangan maut yang dicatatkan pada separuh pertama 2021.

Jumlah tersebut juga lebih tinggi berbanding jumlah kemalangan maut pada separuh pertama 2019 sebelum pandemik COVID-19, di mana 17 kematian dilaporkan. 

Awal bulan ini, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengatakan bahawa "terlalu banyak" kemalangan maut di tempat kerja sudah berlaku pada 2022 dan piawaian serta amalan keselamatan "nampaknya tidak begitu kukuh". 

"Kami sudah berusaha beberapa tahun untuk mencegah kemalangan di tempat kerja, terutama sekali kematian,” kata Encik Lee. 

"Kami sudah menunjukkan kemajuan yang baik. Namundengan pembukaan semula ekonomi dan kerja-kerja semakin meningkat, piawaian dan amalan keselamatan tidak begitu kukuh. Kadar kemalangan sudah meningkat. Kami harus perbaiki masalah ini."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan