Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki maut dalam kebakaran di luar flat Potong Pasir; polis tidak syak perbuatan khianat

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut dalam kebakaran di luar flat Potong Pasir; polis tidak syak perbuatan khianat

(Gambar: Jeremy Long/CNA)

Diterbitkan : 28 Aug 2024 11:52AM Dikemas Kini : 28 Aug 2024 01:56PM
SINGAPURA: Seorang lelaki ditemui mati menyusuli satu kebakaran di Potong Pasir pada Rabu (28 Ogos). Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di luar sebuah flat di Blok 107 Potong Pasir Avenue 1 sekitar pukul 6.45 pagi.

Kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api sebelum anggota bomba tiba, menurut SCDF.

Lelaki itu disahkan mati di tempat kejadian oleh seorang paramedik.

Akhbar Lianhe Zaobao melaporkan mayat rentung seorang lelaki ditemui di luar flat tersebut.

Lapan kenderaan polis dilihat di kolong blok tersebut, dengan pegawai polis juga dilihat di luar unit di tingkat lapan blok berkenaan, menurut seorang pembaca Mediacorp.

Pembaca itu, yang ingin dikenali sebagai Kyler, berkata beliau tinggal di blok yang sama dan beberapa tingkat di atas unit yang terjejas.

Beliau memetik gambar kereta polis di tempat kejadian pada pukul 8.45 pagi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena. Pada waktu itu, polis sudah mengepung kawasan tersebut, tambah beliau.
Kenderaan polis dilihat di Blok 107 Potong Pasir Avenue 1 pada 28 Ogos 2024. (Gambar: Pembaca Mediacorp)
Punca kebakaran masih disiasat.

 
Sumber : CNA/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan