Lelaki maut bergaduh di dormitori Woodlands, suspek diberkas
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kematian seorang lelaki di sebuah dormitori di Woodlands, menurut polis pada Sabtu (1 Jan).

Gambar fail
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kematian seorang lelaki di sebuah dormitori di Woodlands, menurut polis pada Sabtu (1 Jan).
Polis menyatakan mereka dimaklumkan tentang satu pergaduhan di sebuah dormitori di Woodlands Industrial Park pada sekitar 1.25 pagi Sabtu (1 Jan).
Para pegawai menemui seorang lelaki berusia 37 tahun yang tidak bergerak di lantai dengan kepalanya cedera. Beliau dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
"Siasatan awal menunjukkan kedua-dua lelaki tersebut bergaduh dan lelaki yang berusia 26 tahun dipercayai menyerang lelaki berusia 37 tahun itu dengan papan kayu yang berpaku," menurut polis dalam satu kenyataan media.
Suspek akan didakwa pada Ahad (2 Jan) atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.
Jika sabit bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan disebat, atau hukuman penjara sehingga 15 tahun, disebat dan didenda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.