Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki maut akibat kecederaan tersungkur dalam bas yang brek mendadak untuk elak pertembungan

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut akibat kecederaan tersungkur dalam bas yang brek mendadak untuk elak pertembungan

(Gambar: Siah Hwan Ling/Facebook)

SINGAPURA: Sebuah mahkamah koroner dimaklumkan pada Khamis (10 Mac) seorang lelaki berusia 68 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas terjatuh apabila bas SBS Transit yang dinaikinya menekan brek secara mendadak untuk mengelak bertembung dengan kereta.

Encik Siah Keok Tiang meninggal dunia lapan hari selepas kejadian tersebut pada 8 September 2021. Beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menjalani rawatan dialisis apabila terjatuh di dalam bas 175 yang bergerak di North Bridge Road ketika kejadian itu.

Anak-anaknya menghadiri siasatan koroner ke atas kematian Encik Siah itu. Hanya seorang pegawai siasatan Polis Trafik yang dipanggil untuk memberikan keterangan sebagai saksi apabila perbicaraan bermula pada Khamis (10 Mac). 

Menurut siasatan polis, Encik Siah meninggalkan pusat dialisis di Upper Boon Keng Road sekitar 11.30 pagi dan menaiki bas untuk pulang ke rumah. Beliau sedang bersiap sedia untuk turun di stesen bas depan Bugis Cube di North Bridge Road apabila kejadian itu berlaku. 

Rakaman video kamera dari bas berkenaan menunjukkan kenderaan itu berada di lorong paling kiri di North Bridge Road, iaitu lorong yang ditetapkan untuk bas. 

Sebuah kereta berada sebelah kanan bas tersebut. Pemandu kereta itu ingin belok ke kiri ke Liang Seah Street, dan mula menghidupkan isyarat belok ke kiri sebelum simpang Tan Quee Lan Street, jaraknya satu lampu trafik sebelum membelok kiri ke Liang Seah Street. 

Rakaman itu menunjukkan kereta tersebut mula perlahan sedang ia menghampiri bas dan belokan itu. Apabila pemandu bas ternampak kereta berkenaan mula masuk ke lorong bas, pemandu itu menekan brek kecemasan untuk mengelak pertembungan. 

Encik Siah yang duduk dekat depan kiri bas itu, tersungkur ke depan apabila brek kecemasan ditekan. 

Rakaman berkenaan juga menunjukkan seorang lagi penumpang yang duduk di bahagian kiri belakang bas juga tersungkur ke depan. Namun, tiada rekod penumpang itu pergi ke hospital. 

Kedua-dua kenderaan berhenti setelah kejadian itu. Encik Siah dibawa ke hospital dalam keadaan separuh sedarkan diri, dan ditahan di hospital kerana cedera di kepala. Keadaannya bertambah teruk, dan beliau meninggal dunia pada 16 September 2021. 

Satu laporan autopsi  menunjukkan Encik Siah meningga dunia akibat penyakit jantung iskemik dengan kegagalan pelbagai organ  dan juga kecederaan di kepala. Kematiannya  disifatkan sebagai bukan semulajadi, dengan kecederaan yang dialami sejajar dengan yang berpunca daripada kemalangan di jalan raya. 

TIDAK PECUT; MASUK LORONG BAS TIDAK LANGGAR UNDANG-UNDANG

Tidak ada bukti bahawa kenderaan yang terbabit memecut, menurut pegawai siasatan. Rakaman video daripada bas itu menunjukkan ia sedang dipandu pada kelajuan antara 35 kilometer sejam jam hingga 45 kilometer sejaookm, walaupun Koroner Negara Adam Nakhota berkata perangkaan itu hanya satu anggaran. Had kelajuan adalah 50 kilomter sejam. 

Mahkamah juga diberitahu bahawa kereta itu sedang cuba memasuki lorong bas di bahagian lorong yang digaris, iaitu di mana kenderaan dibenarkan keluar masuk lorong. 

Menurut pegawai siasatan itu lagi, pemandu bas itu berkata dia memandang ke depan sewaktu memandu dan tidak melihat kereta itu sehingga ia cuba memasuki lorong bas, lalu menekan brek. 

Kedua-dua pemandu itu memegang lesen memandu yang sah pada waktu kejadian. 

Hakim Nakhota meminta lebih banyak laporan daripada pakar patologi forensik untuk menjelaskan beberapa kecederaan yang dialami Encik Siah, termasuk "gangguan" kepada dua tulang belakangnya.

Menurut saksi polis itu, Polis Trafik belum memutuskan sama ada untuk mengambil tindakan lanjut terhadap kes itu.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan